Unit Kejururawatan Hospital Labuan bertanggungjawab dalam memberikan perawatan pesakit luar dan pesakit dalam. Aspek pengurusan klinikal merupakan tonggak utama bagi bahagian ini yang meliputi semua aspek penjagaan pesakit dan memastikan pemberian yang berkualiti, efisien, berkesan dan selamat. Selain dari pesakit dalam, Unit Kejururawatan juga bertanggungjawab menjaga dan menyelia beberapa unit sokongan seperti CSSU, Klinik Pakar, Unit Kawalan Infeksi dan Dewan Bedah.
Unit Kualiti berfungsi sebagai pusat pengendalian semua aktiviti kualiti yang dijalankan di Hospital ini. Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Perubatan, dua orang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat.
Unit ini ditubuhkan bagi menyelaraskan semua aktiviti Kualiti Hospital agar perkhidmatan yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian.
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah penjagaan Pengarah Hospital Labuan sepenuhnya. Unit ini dianggotai oleh dua orang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pengawai Perubatan (U32) dan seorang Penolong Pengawai Perubatan (U29).
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)di peringkat Hospital dan Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia perlu ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 11-17).
Berdasarkan akta tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti juga lain-lain majikan adalah betanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam/ pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital Perubatan.