Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pasukan Unit ICT Hospital Labuan kerana berjaya membangunakan Portal Rasmi Hospital Labuan Versi 5 yang lebih mesra pelawat dan menarik.
Besarlah harapan saya semoga Portal Rasmi Hospital Labuan V5 ini menjadi satu saluran/medium rasmi utama untuk menyampaikan perkhidmatan, hebahan informasi terkini dan aktiviti Hospital Labuan selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah Kerajaan Elektronik.
Dengan ini, saya amat mengalu-alukan kunjungan ke Portal Rasmi Hospital Labuan versi baharu dan berharap ianya bukan sahaja dapat menarik perhatian malah turut memberikan faedah yang berguna supaya dapat dimanfaatkan. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaan dan maklumat daripada pengunjung amatlah dialu-alukan.
KAMI SEDIA MEMBANTU
"Terima kasih kerana mengunjungi dan melayari Portal Hospital Labuan."