Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL) atau e-GL yang boleh diperolehi di Kaunter Bersepadu dan di Unit Hasil Hospital Labuan.
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
**Nota: Pesakit Bukan Warga Negara (BWN) yang mengidap penyakit berjangkit yang dirujuk ke Klinik Pakar akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 untuk lawatan pertama ataupun susulan.
Klik selanjutnya untuk maklumat lebih lanjut
Tidak, UKSP adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakala, JKM adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di Hospital Labuan dan dirujuk oleh doktor pakar atau pegawai perubatan dengan Borang Rujukan Unit Kerja Sosial Perubatan.
Tidak boleh, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada doktor pakar ataupun pegawai perubatan di Hospital Labuan.
Klik MUAT TURUN untuk muat turun senarai semak.
Bagi Klinik kesihatan atau Klinik Desa yang tidak mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan, pesakit perlu dirujuk kepada pakar/ pegawai perubatan di Hospital Labuan.