Perkhidmatan Farmasi dibahagiakan kepada 2 bahagian secara am nya, iaitu Perkhidmatan Farmasi Am dan Perkhidmatan Farmasi Klinikal.
Secara keseluruhan, skop perkhidmatan Unit Farmasi & Bekalan Hospital Labuan meliputi:
Tujuan MTAC Warfarin adalah untuk memantau INR pesakit, memberi kaunseling tentang ubat warfarin dan cara makan kerana warfarin mempunyai banyak interaksi dengan ubat lain dan makanan.
Tel: 087- 596888 ext. 891 (ISNIN dan RABU:- 2:00pm - 5:00pm)
Tujuan MTAC Diabetes adalah untuk memantau paras gula darah (glukosa) pesakit serta memberi kaunseling tentang ubat, cara makan dan meningkatkan kefahaman pesakit tentang penyakitnya.
Tel: 087- 596888 ext. 890 (RABU:- 8:30pm - 12:00pm)
Kaunseling diberikan secara individu atau berkumpulan. Tujuan sesi kaunseling dijalankan adalah untuk menambahkan kefahaman pesakit tentang ubat dan penyakit sendiri, serta membantu pesakit mengetahui cara menggunakan alat ubat.
Tel: 087- 596888
Tel: 087- 596877 atau 087-596888, samb.4185
Sistem pembekalan ubat ulangan oleh farmasi melalui kaedah rujukan yang seragam. Pesakit boleh mendapatkan ubat susulan di mana-mana farmasi hospital atau klinik KKM yang berdekatan.
Pesakit yang berdaftar dengan perkhidmatan ini boleh menelefon farmasi untuk menyediakan ubat mereka sebelum datang ke hospital untuk menjimatkan masa menunggu bekalan ubat.
Perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui perkhidmatan PosLaju ke lokasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia (*mengikut terma dan syarat)
Pesakit yang berdaftar dengan sistem ini akan dibekalkan dengan sekeping kad temujanji sebagai rujukan tarikh mengambil ubat. Bekalan ubat-ubatan pesakit akan disediakan sebelum tarikh kedatangan pesakit seperti yang ditetapkan.
*Maklumat lanjut atau pendaftaran di atas, sila rujukan kepada anggota farmasi di kuanter Klinik Pakar Farmasi atau hubungi talian (087-596877)
Jabatan Patologi dan Perubatan Transfusi merupakan unit yang menawarkan Perkhidmatan Diagnostik dan Sokongan Klinikal di Hospital Labuan. Jabatan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu perawatan pesakit dan kesihatan awam melalui perkhidmatan diagnostik dan perubatan transfusi.
Jabatan ini menitikberatkan perkhidmatan yang efektif, cepat, tepat dan berkualiti. Perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja tertumpu di Hospital Labuan tetapi merangkumi Makmal Klinik Kesihatan Labuan. Lokasi Jabatan Patologi dan Perubatan Transfusi adalah bertempat di bangunan utama Hospital Labuan, Tingkat 1 bersebelahan dengan wad kelas pertama.
Perkhidmatan Patologi dan Perubatan Transfusi dilaksanakan secara profesional, berinovasi, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui:
a. Kaunter Utama (Pre-analitikal)-penerimaan permintaan sampel. |
b. Makmal Diagnostik
|
c. Perkhidmatan Perubatan Transfusi
|
Keputusan akan disediakan dalam masa yang ditetapkan (ujian yang terpilih): | |
---|---|
Full Blood Count | 45 minit |
Full Blood Picture | 5 hari |
Renal Profile | 45 minit |
Random Blood Sugar | 45 minit |
Serum Bilirubin | 45 minit |
Urine FEME | 60 minit |
Urine Pregnancy Test | 45 minit |
Culture and Sensitivity | 3-7 hari |
Ujian Keserasian Darah (Segera) | 45 minit |
Proses Penderma Darah (keseluruhan) | 45 minit |
WAKTU OPERASI | |||
---|---|---|---|
ISNIN-JUMAAT [8:00am - 5:00pm] | SELEPAS WAKTU OPERASI RASMI DAN PELEPASAN AM | ||
a. | Pengurusan | a. | Ujian On-Call Patalogi Kimia |
b. | Kuanter Utama | b. | Ujian On-Call Hematologi |
c. | Patologi Kimia | c. | Ujian On-call Tabung Darah |
d. | Hemotologi | d. | Ujian Mikrobiologi |
e. | Mikrobiologi | ||
f. | Tabung Darah |
Jabatan Radiologi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal utama dan sangat penting dalam pengurusan rawatan pesakit di hospital. Ini selari dengan objektif penubuhannya untuk mewujudkan perkhidmatan yang bermutu mengikut piawaian yang ditetapkan dengan cekap dan selamat disamping memastikan perlindungan radiasi yang maksimum.
Wargakerja jabatan ini akan sentiasa berusaha keras bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, sentiasa bekerjasama dan selesa. Juga kebajikan pesakit dan anggota sentiasa diutamakan.
Jabatan ini terdiri dari Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan , Juru X- Ray , Jururawat yang bertauliah, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.
Sentiasa berusaha mengutamakan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit, pelanggan luar dan dalam sejajar dengan kehendak pelanggan, di samping keprihatinan dan pengutamaan terhadap aspek – aspek perlindungan radiasi.
Menjadi unit kecemerlangan yang berintegriti tinggi, inovatif, berdaya saing dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta komprehensif melalui anggota yang professional, prihatin dan bertanggungjawab.
Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
Perkhidmatan Radiologi disediakan pada hari dan waktu seperti berikut:
Unit Dietetik dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal hospital yang mengendalikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Penyediaan Makanan untuk pesakit di Hospital Labuan. Lokasi unit terletak bersebelahan dengan Unit Linen dan Stor Perubatan. Ia dianggotai oleh Pegawai Dietetik, Pegawai Penyediaan Makanan, Penolong Pegawai Makanan dan Pembantu Penyediaan Makanan dalam operasi seharian.
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha untuk memberi:
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik klinikal dan perrkhidmatan penyediaan makanan dilaksanakan dengan baik, berkualiti dan mengutamakan pelanggan untuk membantu dalam proses perawatan pesakit.
Unit Fisioterapi Hospital Labuan merupakan salah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan klinikal. Ia menawarkan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup, memaksimumkan tahap pergerakan dan kekuatan melalui pelbagai jenis rawatan, modaliti termasuk khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan. Peranananya merangkumi pencegahan, penjagaan dan pemulihan pesakit di peringkat akut dan kronik.
Perkhidmatan rawatan yang disediakan adalah meliputi terapi fizikal, terapi manual, terapi mekinikal dan terapi elektrikal. Sasaran perkhidmatan adalah merangkumi pesakit-pesakit yang dirujukan, atlit-atlit W.P. Labuan, kanak-kanak kurang upaya dan warga tua.
Ke arah memenuhi permintaan pesakit yang semakin meningkat tahun ke tahun, unit fisioterapi Hospital Labuan sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, berkualiti dan mesra pelanggan disamping berusaha menyediakan kemudahan dan juga sumber manusia yang mencukupi.
Pada tahun 2015, Unit Fisioterapi Hospital Labuan telah dikendalikan oleh seorg Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi (U41), lima orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi iaitu; seorang Jurupulih Perubatan fisioterapi (U32), empat orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U29), dan dibantu oleh dua Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11.
1. Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan holistik kepada pesakit dalam dan pesakit luar di Unit Fisioterapi dengan penggunaan pelbagai modaliti perawatan berlandaskan Piawai Amalan Fisioterapi
2. Pengajaran Klinikal dan Pembelajaran Berterusan (CPD) untuk anggota (Fisioterapi dan Pembantu Perawatan Kesihatan) diadakan pada setiap bulan yang merangkumi sesi teori dan prektikal.
3. Perkhidmatan Fisioterapi disediakan pada hari dan waktu seperti berikut:
Unit Hemodialysis Hospital Labuan telah mula beroperasi pada bulan Januari tahun 1996 di Hospital Lama Jalan Tg Taras (JKWPL sekarang). Pada mulanya unit ini dikendalikan oleh 2 orang kakitangan dengan 2 unit mesin hemodialisis dan merawat 4 orang pesakit sahaja.
Pada tahun 2022 genaplah 26 tahun perkhidmatan Hemodialysis di Hospital WP Labuan dan setakat ini ia dikendalikan oleh 21 orang kakitangan(PPP,SN, PPK dan PRA) dengan 28 mesin hemodialysis di bangunan utama, 2 unit di ICU,masing-masing satu unit di setiap wad bagi kes-kes rawatan kritikal.(Wad Lelaki,Wad perempuan,Wad Kanak-kanak,Wad Kelas Satu).
Unit Hemodialysis sekarang beroperasi di bangunan sendiri terletak bersebelahan stor perubatan Hospital Nukleus Labuan.
Mewujudkan sistem rawatan Hemodialisis yang lebih berkualiti, cekap dan efisyen kepada penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan sejajar dengan pekembangan teknologi perubatan yang moden dan terkini.
Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis yang berkualiti,cekap dan efisyen menerusi penggunaan teknologi moden dengan perkembangan perubatan melalui kepakaran tenaga profesional. Mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara kakitangan dan pesakit kegagalan ginjal.
Setiap pesakit kegagalan ginjal yang menjalani rawatan dialysis disini akan mendapat kualiti hidup yang sempurna seperti insan lain yang sihat serta mengelakkan komplikasi penyakit lain
Isnin-Sabtu – 7.00 pagi hingga 9.00 malam
Ahad – TUTUP (proses pembersihan dan sanitasi)
Unit Kawalan Infeksi Hospital Labuan merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencegah dan memantau berlakunya Nosokomial Infeksi kepada staf, pesakit dan pelawat di Hospital Labuan selaras dengan Policies & Procedures on Infection Prevention and Control MOH, 3rd edition 2018 printed 2019.
Unit Kawalan Infeksi telah mula diiktiraf di hospital ini pada tahun 2001 semasa perkhidmatan hospital hendak mendapat status akreditasi. Sebelum itu, tugas dan pemantauan dijalankan oleh Jururawat sebagai tugas sampingan. Pada tahun 2004, bermula dengan menempatkan seorang Jururawat secara sepenuh masa dan pada tahun 2007, hospital telah menghantar seorang Jururawat untuk mengikuti kursus Post Basic Kawalan Infeksi untuk pertama kali di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kini, Unit Kawalan Infeksi Hospital Labuan bernaung di bawah Pengarah Hospital Labuan (Pengerusi) dan diketuai oleh Pakar Perubatan Am Infection Control Doctor) diikuti Penyelia Jururawat U41 (Infection Control Matron), Ketua Jururawat U32 (Infection Control Sister) dan dibantu oleh seorang Jururawat Terlatih U32 (TBK) / U29 (Infection Control Nurse). Infection Control Link Nurse dan Link Personnel telah dilantik di setiap wad / unit. Penglibatan dari semua jabatan adalah bagi memantapkan lagi amalan dan aktiviti Kawalan Infeksi di Hospital Labuan.
Menjadi pusat Penjagaan Kesihatan yang berkualiti tanpa infeksi.
Unit Kawalan Infeksi komited dalam mencapai kecemerlangan dalam pencegahan dan kawalan infeksi melalui kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi berkesan dan pendidikan berterusan untuk perawatan optimum.
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka mendapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah dihadapi.
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Memastikan keperluan psikolososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
BANTUAN PRAKTIK
BANTUAN TERAPI SOKONGAN
ALAMAT |
---|
|
WAKTU OPERASI |
---|
|
|
|
Unit Kejururawatan terletak di Klinik Pakar O & G dan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat U42 dengan dibantu oleh 2 orang Penyelia Jururawat (U41), 2 orang Penyelia Jururawat (U36) dan seorang Ketua Jururawat (U32).
Bahagian Kejururawatan Hospital Labuan Bertanggungjawab dalam memberikan perawatan pesakit luar dan pesakit dalam. Aspek pengurusan klinikal merupakan tonggak utama bagi bahagian ini yang meliputi semua aspek penjagaan pesakit dan memastikan pemberian yang berkualiti, efisien, berkesan dan selamat. Selain dari pesakit dalam, Unit Kejururawatan juga bertanggungjawab menjaga dan menyelia beberapa unit sokongan seperti CSSU, Klinik Pakar, Unit Kawalan Infeksi dan Dewan Bedah.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah penjagaan Pengarah Hospital Labuan sepenuhnya. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pengawai Perubatan (U32) dan seorang Penolong Pengawai Perubatan (U29) untuk berfungsi sepenuhnya di Hospital Labuan.
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)di peringkat Hospital dan Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia perlu ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 11-17).
Berdasarkan akta tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti juga lain-lain majikan adalah betanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam/ pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital Perubatan.
Unit Pemulihan Carakerja merupakan salah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan klinikal Hospital Labuan. Unit Pemulihan Carakerja menyediakan perawatan yang merangkumi penilaian dan intervensi melalui aktiviti terapeutik dan intervensi yang dipilih untuk pelanggan yang menghadapu masalah fizika, sensori motor, kognitif, sosial dan psikologikal.
Sasaran pelanggan bagi perkhidmatan pemulihan carakerja terdiri daripada pesakit dalam serta pesakit luar dari pelbagai displin terutamanya perubatan Ortopedik, Pembedahan, Perubatan, Pediatrik, dan Psikiatrik.
Pada tahun 2015, Unit Pemulihan Carakerja Hospital Labuan beroperasi dengan 5 orang anggota yang terdiri daripada seorang Pegawai Pemulihan Carakerja, 3 orang Jurupulih Carakerja dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.
WAKTU OPERASI |
---|
|
|
|
Unit Rekod Perubatan Hospital Labuan mula beroperasi pada bulan Julai tahun 1990, dimana pada peringkat permulaan hanya satu jawatan diwujudkan iaitu Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred N27. Bermula dari situ perlahan-lahan Unit Rekod telah berkembang sehinggalah sekarang dimana Unit Rekod yang terletak dibangunan penguruusan Hospital Labuan diketuai oleh Penolog Pegawai Rekod Perubatan Gred (N32) dengan dibantu oleh 1 jawatan PPT Rekod Perubatan Gred N27, 1KPT, 2 Pembantu Tadbir Gred N17, 1 Pembantu Operasi Gred N11 dan 1 Pembantu Awam Gred H11.
Objektif Utama Unit Rekod Perubatan adalah untuk memberi perkhidamatan:-
Fungsi Utama Unit Rekod Perubatan:
Terima surat untuk tindakan daripada Pengarah Hospital
Terdapat tiga (3) jenis rekod pesakit yang disimpan di Unit Rekod Perubatan Hospital Labuan iaitu:-
Terdapat tiga (3) jenis rekod pesakit yang perlu dilupus setelah tamat tempoh simpanan:-
Terdapat empat (4) jenis persidangan Jemaah Doktor yang dikendalikan oleh Unit Rekod Perubatan Hospital Labuan
Unit Pemulihan Pertuturan–Bahasa merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Otorinolaringologi (turut dikenali sebagai ‘Ear, Nose, Throat’ (ENT). Perkhidmatan bagi Unit Pemulihan Pertuturan-Bahasa di Kementerian Kesihatan Malaysia bermula di hospital besar pada tahun 2001 namun perkhidmatan Unit Pemulihan Pertuturan– Bahasa di Hospital Labuan bermula pada tahun 2018 dengan kehadiran pakar secara lawatan berkala iaitu 3 bulan sekali dengan anggaran jumlah pesakit pada tahun 2018 adalah 162 orang dan seterusnya pada tahun 2019 adalah 173 orang.
Perkhidmatan Unit Pemulihan Pertuturan - Bahasa Hospital Labuan mula bertapak secara tetap pada tahun 2021 dengan adanya seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertugas di Hospital Labuan. Struktur perkhidmatan unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan klinik yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam (wad).
Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa akan memberi perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa dan penelanan yang terbaik kepada semua pesakit demi menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna.
Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa yang diberi adalah seperti berikut:
WAKTU OPERASI |
---|
|
|
|