PENGURUSAN

  1. Utama
  2. Pengurusan

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN

Aset dan Stor

Pengenalan


Unit Aset dan Stor diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N29 dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Tadbir serta dua orang Pembantu Awam.


Objektif


Memastikan Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor di hospital ini mengikut garis panduan dan tatacara yang sedang berkuatkuasa


Misi


Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset yang berkualiti, efisien dan cekap ke arah merealisasikan misi hospital.


Skop Perkhidmatan


  • Menguruskan penerimaan dan pendaftaran aset alih kerajaan.
  • Menguruskan dan menyelaras pemeriksaan aset alih kerajaan, pemeriksaan stok dan verifikasi stor.
  • Menguruskan proses pelupusan aset alih dan item stor.
  • Menguruskan kehilangan dan hapus kira aset alih dan barang-barang stor.
  • Menyelaras kelulusan penerimaan hadiah atau sumbangan berbentuk peralatan dan aset alih.
  • Menguruskan pengemaskinian senarai peralatan dalam Sistem Pengurusan Aset.
  • Menguruskan aktiviti pemindahan dan peminjaman aset.
  • Menguruskan dan merancang perolehan peralatan stor alat tulis dan bahan cetakan.
  • Mengurus dan mengawal selia stor alat tulis dan bahan cetakan.
  • Memantau kadar pusingan stok di stor utama.
  • Menyediakan Laporan Suku Tahun bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor.
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Hospital Labuan.

Kewangan dan Hasil

PENGENALAN


Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan -peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

SKOP PERKHIDMATAN


  • Mengawal dan menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
  • Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan Jabatan meliputi perbelanjaan Belanja Mengurus dan pembangunan serta Laporan Pengecualian
  • Menyelenggara dan mengemaskini akauan vot Mengurus dan Pembangunan
  • Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan bulanan, laporan kelewatan bil dan kedudukan bil yang belum dijelaskan untuk dikemukakan ke Jabatan Kesihatan W.P Labuan

SKOP PERKHIDMATAN


  • Menyemak dan memproses bayaran-bayaran melalui sistem iGFMAS bagi urusan
    • Pinjaman Kerajaan, Pakaian Seragam dan Perolehan Barangan dan Perkhidmatan
    • Emolumen, KWSP, termasuk perubahan dan potongan gaji
    • Pesanan Tempatan
    • Waran udara bagi tugas rasmi dan mengunjungi wilayah asal
    • Pembayaran tuntutan (Elaun Lebih Masa, Tuntutan Perjalanan, Elaun Kerja di luar waktu bekerja biasa, Elaun Pertukaran, Elaun Gangguan)
    • Bayaran bil (air, surat khabar, bayaran balik perubatan)
    • Bayaran pukal bagi elektrik, telefon, smartpay Petronas dan Shell
    • Bayaran kontrak keselamatan, sewaan mesin fotostat, bekalan bahan mentah
    • Bayaran perkhidmatan (Faber Medi- Surve Sdn Bhd)

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI


  • Ketua Unit : 087-596888 ext 917
  • Ketua Pembantu Tadbir : 087-596888 ext 4191
  • PT Kewangan : 087-596888 ext 919, 922, 4190
  • Unit Hasil : 087-596888 ext 916

Keselamatan

PENGENALAN


Unit Keselamatan merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Labuan yang menguruskan segala hal ehwal keselamatan Hospital Labuan. Unit Keselamatan berperanan untuk memberi khidmat nasihat berkenaan Keselamatan Perlindungan yang merangkumi aspek Keselamatan Fizikal, Dokumen, Personel dan ICT seperti mana yang diperuntukan di dalam Arahan Keselamatan ( Semakan dan Pindaan 2017 ), Akta-akta yang berkaitan dan Surat-surat Pekeliling Keselamatan yang berkuat kuasa bagi dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan tugasan serta perkhidmatan.

VISI


Memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik khususnya bidang pengurusan dan keselamatan ke arah merealisasikan visi Hospital Labuan.

MISI


Bahagian Pengurusan Keselamatan Hospital Labuan berusaha memberikan khidmat sokongan keselamatan yang berkualiti selaras dengan misi Hospital Labuan.

PIAGAM PELANGGAN


Unit Keselamatan akan memberikan perkhidmatan keselamatan perlindungan kepada semua anggota Hospital Labuan. Unit Keselamatan juga akan membantu Hospital Labuan menangani segala bentuk ancaman.

SKOP PERKHIDMATAN


Unit Keselamatan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pengurusan keselamatan perlindungan harta benda serta menjalankan latihan kepada anggota dibawah seliaan bagi mewujudkan kecemerlangan mengikut standard perkhidmatan yang ditetapkan. Skop perkhidmatan keselamatan meliputi:
  • Pengurusan Kad ID Jabatan
  • Pengurusan Kunci Keselamatan
  • Pengurusan Parkir
  • Pengurusan Lalulintas dan Trafik
  • Pengurusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta
  • Pengurusan Kawalan CCTV
  • Pengurusan Insiden Jenayah

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


  • Membantu dalam menguruskan prosedur dan pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di jabatan serta memastikan ianya dalam keadaan terurus, betul dan teratur.
  • Membantu memastikan Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta melaksanakan tugas-tugas dan prosidur yang telah dipersetujui, memantau sebarang perlanggaran kontrak, memperuntukan anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi/post keselamatan yang perlu diawasi.
  • Menyelia dan menjalankan pemeriksaan keselamatan keatas premis jabatan, membuat laporan, mencadangkan syor- syor dan input-input berkaitan penambahbaikan, keselamatan dan membantu memastikan peraturan keselamatan fizikal, dokumen serta peribadi dipatuhi dan dilaksanakan di jabatan.
  • Membantu mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan jabatan.
  • Membantu mengkaji peraturan-peraturan keselamatan yang sediada, mengemaskini dan mengatur peraturan-peraturna baru (jika perlu) serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak pengurusan jabatan.
  • Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Membantu mengesyorkan tindakan yang sepatutnya bagi perbuatan-perbuatan pelanggaran keselamatan dan melaporkan kepada pengurusan jabatan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
  • Menyelaras sebarang urusan-urusan berkaitan keselamatan dengan pegawai keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain berkaitan.
  • Membantu menguruskan hal-hal berkaitan personel keselamatan (jika ada) dan menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan.

AHLI JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN HOSPITAL :- :-

  1. Dr Adnan Musa Balidran
  2. Dr Ishvinder Singh Parmar
  3. Shareen Meliko ( 087-596888 Ext 808 )
  4. Hj Aminuddin Mat Amin – ( 087-596888 Ext. 872 )
  5. Pn. Jaliha Daud ( 087-596888 Ext. 988 )
  6. En. Mohd Affandi Mohd Jiman( 087-596888 Ext. 896 )

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:


Rithauddeen Bin Apandi
Pembantu Keselamatan Kerajaan
Unit Keselamatan, Hospital Labuan
TEL : 087-596888 Ext. 4188

Kejuruteraan

Pengenalan

Unit Kejuruteraan Unit Kejuruteraan ini ditubuhkan bagi tujuan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dalam hospital dilaksanakan secara sistematik, dan memantau dan memastikan perkhidmatan penswastaan untuk 5 servis syarikat konsesi Sedafiat Sdn Bhd dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi dan HSIP yang telah yang telah dipersetujui agar khidmat dan operasi setiap jabatan/unit/wad/klinik berjalan lancar.


Objektif

Mengurus dan melaksanakan dengan cara yang betul, teratur dan berkesan terhadap penyelenggaran bangunan dan kemudahan di hospital.


Misi

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien,efektif,inovatif berteraskan nilai-nilai integrity dan akauntibiliti, serta menekankan sifat-sifat mesra pelanggan, penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.


Visi

Memastikan kerja-kerja pembaikan yang melibatkan hospital dilaksanakan dengan baik. dan menjadi pasukan kerja profesional dengan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dalam sector kesihatan selaras dengan teknologi terkini.


Jenis Perkhidmatan

  • Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan (PPM) dan pelaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital oleh Syarikat-syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
  • Membuat lawatan pemantauan dalam hospital bersama pengarah hospital dan wakil syarikat konsesi mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi tujuan pemeriksaan perkhidmatan sokongan.
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
  • Menyemak permohonan BER 1 oleh syarikat konsesi dan seterusnya membuat laporan BER 2 untuk menyokong pelupusan bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan sebelum dikemukakan di JKNWPL Kejuruteraan untuk pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan (PEP).
  • Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (ASIS) dalam perkhidmatan Kejuruteraaan Hospital dikemaskini serta berkesan.
  • Membantu melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (Customer Feedback Survey) dan menyediakan laporan penilaian prestasi (Contractor Performance Assessment) Syarikat-syarikat Konsesi dua kali setahun.
  • Membantu menyediakan anggaran fi perubahan kerja (Variation Order) apabila perlu untuk Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat-syarikat Konsesi.
  • Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Pengarah Hospital, kerja-kerja kecil (minor work) kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
  • Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pemasangan, loji, dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) bagi hospital/fasiliti baru.

Pembangunan

Pengenalan


Unit Pembangunan bertanggungjawab menguruskan projek pembangunan di bawah Peruntukan RMK, Projek Menaiktaraf dan Pembaikan Kecil di bawah BP00600 dan BP00900. Unit Pembangunan dianggotai oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22.


Skop Perkhidmatan

  • Menguruskan Permohonan Projek RMK
  • Menguruskan Permohonan Peruntukan Projek Pembangunan meliputi
    • Projek menaiktaraf dan pembaikan kecil BP00600
    • Projek menaiktaraf dan pembaikan kecil BP00900
    • Projek RW (Kerja Bayar Balik oleh EMS)

Perolehan

Pengenalan

Unit Perolehan bertanggungjawab dalam memproses perolehan terus, Sebut Harga / tender, Kontrak Perjanjian dan Kontrak Pusat. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (P/O) N19.


Objektif


Memastikan perolehan Kerajaan dikendalikan dan dilaksanakan dengan telus, cekap dan mematuhi tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa serta mengikut prinsip perolehan Kerajaan.


Skop Perkhidmatan


  • Mengurus perolehan kerajaan ( bekalan / perkhidmatan dan kerja ) secara perolehan terus.
  • Mengurus perolehan kerajaan ( bekalan / perkhidmatan dan kerja ) secara sebut harga.
  • Menyediakan Takwim/Jadual Perancangan Sebut Harga Tahunan.
  • Memantau kontrak pusat.

Hubungi Kami


087-596888 ext 987

Pentadbiran

Pengenalan


Unit Pentadbiran bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dalam hal ehwal pentadbiran pejabat. Unit Pentadbiran diketuai oleh Pembantu Tadbir Kanan Gred N26 dan dibantu oleh Pembantu Tadbir, Pegawai Khidmat Pelanggan, Penyelia Asrama, Pemandu Kenderaan dan Pembantu Am Pejabat.


Objektif

Mengurus dan melaksanakan urusan am dan pentadbiran pejabat yang berkualiti kepada semua pelanggan untuk mencapai tahap perkhidmatan yang optima dan serasi pelanggan.


Skop Perkhidmatan

 

  • Pengurusan mesyuarat dalaman dan luar jabatan.
  • Pengurusan dan penyelarasan mesin perakam waktu dan mesin fotostat.
  • Pengurusan surat-menyurat rasmi jabatan.
  • Pengurusan sistem fail dan rekod jabatan.
  • Pengurusan kenderaan jabatan.
  • Pengurusan rumah jabatan.
  • Pengurusan hal ehwal berkaitan komunikasi korporat dan khidmat pelanggan.

Hubungi Kami


  • 087-596888 ext 919

Sumber Manusia

Pengenalan


Unit Sumber Manusia bertanggungjawab mengendalikan urusan meliputi perkhidmatan kakitangan yang bertugas di Hospital Labuan, perjawatan, latihan dan tatatertib. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N29 dan dibantu oleh 7 orang Pembantu Tadbir. (P/O).


Skop Perkhidmatan


Perjawatan

  • Menguruskan perjawatan dan permohonan ABM
  • Mengendalikan urusan pertukaran kakitangan
  • Mengendalikan urusan pengambilan kakitangan MySTEP

Latihan

  • Mengendalikan urusan latihan di Hospital Labuan

Perkhidmatan

  • Mengendalikan urusan berkaitan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat, pelanjutan kontrak perkhidmatan atau perlanjutan tempoh percubaan.
  • Mengendalikan urusan persaraan kakitangan
  • Mengendalikan urusan pergerakan/ pelarasan gaji, pembayaran elaun dan bayaran insentif.
  • Mengendalikan urusan cuti kakitangan hospital.
  • Mengendalikan pengurusan prestasi kakitangan hospital.
  • Melaksana dan memantau KPI HRMIS.

Tatatertib

  • Menguruskan dan mengendalikan kes tatatertib kakitangan.
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan tatatertib di Hospital Labuan.
  • Mengendalikan urusan berkaitan pengisytiharan harta kakitangan.

Hubungi Kami

  • 087-596888 ext 808 / 4190

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

PENGENALAN


Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan salah satu unit di bawah bahagian Pengurusan Hospital Labuan yang bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga hospital dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di Hospital Labuan.

Lokasi unit terletak di Klinik Pakar O & G dan mempunyai kekuatan anggota seramai 4 orang kakitangan IT iaitu seorang Pegawai Teknologi Maklumat (F44), seorang Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29.


OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada warga Hospital Labuan dalam usaha ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan.


VISI

Penggunaan Teknologi Maklumat sebagai pemudahcara dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.


MISI

Menyediakan prasarana dan aplikasi ICT serta memperkasakan pembudayaan ICT bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.


SKOP PERKHIDMATAN


  • Merancang, menyedia dan mengurus prasarana ICT di Hospital Labuan.
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT Hospital Labuan.
  • Mengurus, menyelenggara dan memantau sistem rangkaian di Hospital Labuan.
  • Memantau pelaksanaan projek ICT di hospital
  • Merancang, membangun, menyelaras dan menyelenggara laman web Hospital Labuan.
  • Merancang, membangun, menyelaras dan menyelenggara aplikasi dalaman hospital.
  • Mengurus dan memantau aset ICT di Hospital Labuan.
  • Menyelaras dan memberi khidmat sokongan bagi memastikan kelancaran penggunaan aplikasi eKesihatan dan eKerajaan.
  • Menyediakan latihan ICT kepada warga Hospital Labuan.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun MyGovUC pengguna di hospital.

HUBUNGI KAMI

  • Ketua Unit : 087-596888 ext 4501
  • Kakitangan IT : 087-596888 ext 985 / 979