Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan salah satu jabatan terpenting di sesebuah hospital. Ia beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang merangkumi pesakit kritikal, separa kritikal dan tidak kritikal. Perkhidmatan yang disediaka oleh jabatan ini temasuk Perkhidmatan Unit Perawatan Pra Hospital, resusitasi dan penstabilan, diagnosis dan rawatan, One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan (Medical Coverage). Jabatan Kecemasan dan Trauma juga akan mangambil tindakan dan mengkoordinasi pergerakan pengurusan jika terjadi bencana atau ‘Mass Casualty Incidence’ di dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menyediakan Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada semua pelanggan.
Memberikan perkhidmatan cemerlang ke seluruh kawasan dengan menekankan profeionalisma, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang serta mengambil kira kebudayaan dan keperluan setempat.
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pusat rawatan kecemasan yang cemerlang dan efisyen.
Di dalam memenuhi keperluan kecemasan terhadap pesakit, kami adalah komited dengan memberikan rawatan dengan cepat dan tepat berlandaskan perkara-perkara berikut:
Wad O & G dan Dewan Bersalin terletak di Aras 1, dengan kapasiti katil sebanyak 31 buah yang dibahagi kepada 20 katil untuk Obstetrik manakala 8 katil untuk Gynea dan 3 katil untuk High Dependency Unit(HDU). Sebuah bilik kelas satu (1) untuk 2 katil manakala 1 bilik kelas satu (1) untuk seorang dan 1 bilik pengasingan atau sick bay. Dewan Bersalin terletak bersebelahan wad dan mempunyai 3 katil bersalin, 2 bilik untuk ibu kelas satu (1), staf dan mother friendly care.
Jabatan Ortopedik Hospital Labuan menyediakan perkhidmatan penjagaan, diagnosis, dan rawatan pembedahan serta bukan pembedahan bagi penyakit dan kecederaan sistem muskuloskeletal (tulang dan sendi). Jabatan ini beroperasi sebagai pusat sekunder yang menguruskan kes trauma kecemasan harian serta kes elektif (berjadual) bagi penduduk Wilayah Persekutuan Labuan
Jabatan Ortopedik komited untuk memastikan pesakit temujanji akan diperiksa oleh doktor Ortopedik dalam tempoh masa 75 minit selepas waktu pendaftaran/temujanji (dengan sasaran pencapaian 90%
| Hari | Perkhidmatan | Catatan |
| Isnin / Rabu | Klinik | Kes baru (rujukan) |
| Selasa | Pembedahan | Dewan Bedah |
| Rabu | Klinik | Kes Ulangan |
| Khamis | Klinik | Klinik Penjagaan Luka |
| Jumaat | Pembedahan | Dewan Bedah |
(Nota: Waktu operasi adalah tertakluk kepada perubahan dan keutamaan mengikut jadual operasi dewan bedah dan kehadiran kecemasan).
| Jawatan | Bilangan |
| Ketua Jabatan | 1 |
| Pakar | |
| Pegawai Perubatan | 4 |
| Penolong Pegawai Perubatan | 4 |
| Pembantu Tadbir (P/O) MySTEP | 1 |
| Pembantu Perawatan Kesihatan | 1 |
Jabatan Ortopedik menyediakan perkhidmatan komprehensif merangkumi aspek klinikal dan pembedahan, terbahagi kepada:
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Jabatan Pembedahan Am Hospital Labuan memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan primer dan sekunder kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Kami komited untuk menguruskan pesakit pembedahan dalam keadaan elektif (berjadual) dan kecemasan, dengan objektif untuk memberikan penjagaan yang berkualiti, selamat, dan membolehkan pesakit pulih tanpa komplikasi.
Menjadi pusat rujukan pembedahan yang cekap dan berkesan, menawarkan penjagaan pra-operasi, intra-operasi, dan pasca-operasi yang cemerlang.
Menyediakan perkhidmatan pembedahan am yang menyeluruh, berasaskan bukti terkini, dan penuh kasih sayang, serta bekerjasama dengan unit klinikal lain bagi pengurusan pesakit yang holistik.
Jabatan ini diketuai oleh Pakar Bedah Am dan disokong oleh pasukan yang merangkumi:
Jabatan Pembedahan Am berfungsi sebagai tulang belakang untuk pengurusan kecederaan dan penyakit pembedahan, bekerjasama dengan:
Jabatan Pembedahan Am menyediakan perkhidmatan pembedahan dan endoskopik yang luas, merangkumi:
| Bidang Pembedahan | Contoh Prosedur dan Pengurusan |
| Gastroenterologi Pembedahan | Pembedahan usus buntu (Appendicectomy), Pembedahan pundi hempedu (Kolesistektomi), Reseksi usus untuk penyakit/ketumbuhan, Pengurusan perforasi dan obstruksi usus. |
| Pembedahan Endokrin dan Payudara | Pembedahan tiroid (Thyroidectomy) untuk goiter/ketumbuhan terhad, Pembedahan payudara (Lumpectomy/Mastectomy) dan biopsi untuk kanser payudara dan penyakit lain. |
| Pembedahan Hernia | Pembaikan semua jenis hernia (Inguinal, Umbilical, Incisional, dll.), biasanya menggunakan teknik tension-free (dengan mesh). |
| Pembedahan Kolorektal | Rawatan dan pembedahan untuk penyakit dubur/rektum seperti buasir (Haemorrhoidectomy), fisur, fistula, dan abses. |
| Pembedahan Kecemasan | Pembedahan trauma abdomen, Damage Control Surgery, Pengurusan pendarahan gastrointestinal akut, dan semua kes pembedahan kecemasan yang mengancam nyawa. |
| Pembedahan Kecil | Prosedur minor seperti pengasingan ketumbuhan kulit (Lipoma, Sebaceous Cyst), biopsi, dan pengurusan luka kronik (wound clinic). |
Jabatan Pembedahan Am bekerjasama erat dengan hospital kluster dan rujukan lain untuk membawa Pakar Lawatan bagi kes sub-kepakaran tertentu, seperti:
(Kekerapan lawatan pakar ini bergantung pada jadual yang ditetapkan oleh Hospital Labuan).
Klinik Pakar terletak diaras bawah bangunan Hospital Labuan, bersebelahan dengan Klinik Pakar 2 dan berhadapan dengan farmasi klinik pakar. Klinik Pakar Perubatan menyediakan perkhidmatan dalam disiplin perubatan Am dan perubatan.
Untuk memberi perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan Klinik Pakar dan rawatan ulangan.
Perkhidmatan yang utama adalah memberi rawatan susulan kepada pesakit luar yang ada temujanji, rujukan dari hospital lain, unit lain, Jabatan Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Klinik Swasta dan Rumah Sakit Angkatan Tentera.
Memberi perkhidmatan kepakaran dalam Perubatan Am,Pakar Lawatan serta perkhidmatan kumpulan sokongan.
| HARI | MASA | PERKHIDMATAN |
|---|---|---|
| Isnin | 8AM–PM | Klinik Perubatan Am |
| Klinik ECHO | ||
| 2PM-5PM | Klinik Wafarin | |
| Selasa | 8AM–1PM | Klinik Perubatan Am |
| Klinik kaunseling diabetes | ||
| 2PM-5PM | Echocardiografi (ECHO) | |
| Rabu | 8AM–1PM | Klinik Perubatan Am |
| Kaunseling Pemakanan oleh Pegawai Dietetik | ||
| Kaunseling ubat-ubatan (DMTAC) | ||
| 2PM-5PM | Klinik Wafarin | |
| Khamis | 8AM–1PM | Klinik Ecardiografi |
| Klinik Perubatan Am | ||
| 2PM-5PM | Aktiviti dalaman/CNE | |
| Jumaat | 8AM–11.30AM | Walk in case |
| Klinik Echocardiografi (Medical) | ||
| 2PM-5PM | Pakar lawatan mengikut jadual |
| BIL | DISPLIN | KEKERAPAN LAWATAN |
|---|---|---|
| 1 | Pakar Hematologi | 3 bulan sekali |
| 2 | Pakar Respiratori | 3 bulan sekali |
| 3 | Pakar Gastrologi | 2 bulan sekali |
| BIL | JAWATAN | JUMLAH |
|---|---|---|
| 1 | Pakar Perubatan UD52 | orang |
| 2 | Pegawai Perubatan UD44 | 5 orang |
| 3 | Penyelia Jururawat U41 | 1 orang |
| 4 | Ketua Jururawat U32 | 1 orang |
| 5 | Jururawat KUP U32 | 1 orang |
| 6 | Jururawat U29 | 2 orang |
| 7 | Jururawat Masyarakat U24 | 1 orang |
| 8 | Pen. Perawatan Kesihatan U12 | 2 orang |
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah lama memulakan perkhidmatan di hospital ini, tetapi penempatan pakar psikiatri tetap cuma bermula pada tahun 2016. Jabatan ini mempunyai klinik tersendiri (klinik pakar 1) manakala berkongsi wad dengan jabatan yang lain.
Jabatan Psikiatri akan memberikan perkhidmatan Perawatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang komprehensif dan berkualiti.
Berusaha memberikan perkhidmatan Psikiatri yang cekap dan mesra di samping menerap nilai-nilai integrity, berdedikasi, professional dan sedia membantu di kalangan anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit Psikiatri.
Skop perkhidmatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terbahagi kepada 3 bahagian:
I. Klinik Psikiatri
Fungsi:
Penjagaan perawatan Psikiatri bagi kes ulangan serta menerima kes rujukan dari unit lain serta klinik atau pusat kesihatan yang berdekatan.
Jadual klinik adalah seperti berikut:
| KLINIK | MASA |
|---|---|
| Klinik Pesakit Baru | Hari Rabu pagi hingga petang |
| Klinik Susulan Dewasa | Hari Selasa pagi dan Khamis pagi |
| Klinik Susulan Kanak-kanak dan Remaja | Hari Isnin pagi |
| Klinik Susulan Warga Emas | Hari Isnin pagi |
| Klinik Kaunseling dan Psikoterapi | Hari Jumaat pagi |
Pesakit haruslah mendapat rujukan ke Klinik Pakar Psikiatri melalui klinik kesihatan, klinik pakar lain, jabatan kecemasan atau klinik swasta. Bagi kes-kes kecemasan, orang awam boleh mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Labuan.
II. Perkhidmatan Komuniti Psikiatri (CMHT)
III. Perkhidmatan Pesakit Dalaman (Wad)
Unit Dewan Bedah terbahagi kepada beberapa bahagian serta mempunyai fungsi yang berbeza. Mempunyai kakitangan yang mahir dalam menjalankan fungsi tugas di setiap bahagian terdiri dari 1 Doktor Pakar Bius JUSA C, 2 Pegawai Perubatan Bius U10, 2 Pegawai Perubatan U10, 1 Penyelia Jururawat, 1 Ketua Jururawat, Jururawat U5 seramai 12 orang, Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 2 orang dan 1 Pembantu Khidmat Am.
Bahagian-bahagian di dalam Dewan Bedah:
Masa bekerja adalah waktu pejabat dan atas panggilan selepas waktu pejabat untuk kes-kes kecemasan. Untuk memastikan tugas kakitangan yang berkualiti setiap tugas berdasarkan pada objektif dan visi Dewan Bedah.
Untuk membolehkan dan memudahkan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan:
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi:
Menitikberatkan:
Masa bertugas bagi Unit Dewan Bedah adalah waktu pejabat. Bagaimanapun semua kakitangan terlibat bekerja Atas Panggilan (oncall) mengikut jadual mingguan jika terdapat kes kecemasan.
Kes-kes pembedahan terdiri daripada pembedahan Major, Intermediate, Minor dari semua kategori disiplin seperti Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am, Orthopedik, ENT, Plastik & rekonstruktif dan Pembedahan Pedriatik yang akan dilakukan oleh Pakar dan doktor yang sedia ada di Hospital Labuan atau Doktor Pakar Lawatan.
Bilangan dan jenis pembedahan bergantung pada fasiliti dan kepakaran tenaga kerja. Kes-kes pembedahan elektif yang dilakukan oleh Pakar dan Lawatan Pakar akan dijalankan mengikut jadual pembedahan yang telah ditetapkan:
Jadual Pembedahan Untuk Pakar Hospital Labuan adalah seperti berikut:
| Bil | Hari | Kategori Disiplin |
|---|---|---|
| 1 | Isnin dan Khamis | Obstetrik & Gyneakologi |
| 2 | Selasa | Orthopaedik |
| 3 | Rabu dan Jumaat | Pembedahan Am |
Kekerapan Lawatan Pakar adalah seperti jadual berikut:
| Bil | Disiplin | Kekerapan Lawatan |
|---|---|---|
| 1 | ENT | 2 bulan sekali |
| 2 | Pedriatik Surgeon | 3 bulan sekali |
| 3 | Plastik & Rekonstruktif | 3 bulan sekali |
Jabatan Oftalmologi beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan mata primer, sekunder, dan tertier terhad yang berkualiti, komprehensif, dan bersepadu kepada komuniti Labuan dan kawasan sekitarnya. Kami berfungsi sebagai pusat rujukan utama untuk masalah kesihatan mata di pulau ini, bekerjasama rapat dengan klinik kesihatan dan hospital lain.
Menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan mata dan pemulihan penglihatan bagi penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.
Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang mesra pelanggan, profesional, berasaskan bukti terkini, dan mudah diakses bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pemeliharaan fungsi penglihatan yang optimum.
ISNIN : 8 pagi - 5 petang (Hari Klinik)
SELASA : 8 pagi - 1 petang (Hari Klinik)
RABU : 8 pagi - 5 petang (Hari Klinik)
KHAMIS : 8 pagi - 5 petang (Pembedahan)
JUMAAT : 8 pagi - 5 petang (Hari Klinik)
Jabatan ini dilengkapi dengan peralatan moden untuk diagnosis dan rawatan Oftalmologi, termasuk:
Jabatan ini diketuai oleh Pakar Oftalmologi dan disokong oleh pasukan yang berdedikasi:
Jabatan Oftalmologi menyediakan pelbagai perkhidmatan klinikal, diagnostik, dan pembedahan seperti berikut:
Perkhidmatan Klinikal dan Diagnostik
| Jenis Perkhidmatan | Penerangan Ringkas |
| Klinik Am Oftalmologi | Pemeriksaan rutin, diagnosis, dan rawatan untuk penyakit mata yang biasa (cth: konjunktivitis, mata kering). |
| Klinik Katarak | Saringan, penilaian pre-operasi, dan rawatan susulan untuk pesakit yang memerlukan pembedahan katarak. |
| Klinik Glaukoma | Diagnosis awal, pengurusan medikal, dan pemantauan bagi pesakit glaukoma (tekanan mata tinggi). |
| Klinik Retina/Diabetes | Saringan Retinopati Diabetik, diagnosis dan rawatan awal untuk penyakit retina, termasuk suntikan intravitreal (jika skop dibenarkan). |
| Klinik Kecemasan Mata | Rawatan segera untuk trauma mata (kecederaan), jangkitan mata akut, dan kehilangan penglihatan mendadak. |
| Klinik Pediatrik & Strabismus | Pemeriksaan mata kanak-kanak, pengurusan juling (strabismus) dan mata malas (amblyopia). |
| Ujian Diagnostik Khusus | Termasuk Biometri (IOL Master), Ujian Lapangan Penglihatan (Perimetry), Fotografi Fundus, Ujian Ketajaman Penglihatan, dan Tonometri. |
Perkhidmatan Pembedahan
Jabatan mengendalikan pembedahan major dan minor di Dewan Bedah Utama (OT) atau Bilik Prosedur mengikut kesesuaian:
Pemulihan Penglihatan (Low Vision)
Jabatan ini juga menjalankan lawatan klinik pakar secara berkala ke kawasan tertentu (jika berkenaan) dan menerima rujukan kes dari:
Jabatan Otorinolaringologi (ENT) memberikan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan berkenaan dengan telinga (ear), hidung (nose), dan tekak (throat). Klinik ENT terletak di Klinik Pakar 2, dan dikendalikan oleh Pakar Bedah ENT – Dr. Arthur Wong.
| HARI | PERKHIDMATAN | MASA |
|---|---|---|
| Isnin | Klinik ENT / Dengkur Klinik Audiologi |
8:00 a.m. – 12:30 p.m. 2:00 p.m. – 5:00 p.m. |
| Selasa | Klinik ENT Klinik Audiologi |
8:00 a.m. – 12:30 p.m. 2:00 p.m. – 5:00 p.m. |
| Rabu | Latihan | 8.00 a.m. - 5.00 p.m. |
| Khamis | Klinik ENT Pra-Pembedahan |
8:00 a.m. – 12:30 p.m. 2:00 p.m. – 5:00 p.m. |
| Jumaat | Pembedahan | 8.00 a.m. - 5.00 p.m. |
| BIL | DISIPLIN | KEKERAPAN LAWATAN |
|---|---|---|
| 1 | Audiologi | 2 bulan sekali |
| 2 | Pertuturan | 3-6 bulan sekali |
| 3 | Onkologi (Kepala & Leher) | 3-4 bulan sekali |
| BIL | DISIPLIN | HARI |
|---|---|---|
| 1 | ENT | Setiap Jumaat |