1. Majlis Bersama Jabatan bagi Hospital Labuan (selepas) ini disebut sebagai 'Majlis' hendaklah mengandungi 40 ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha yang terdiri daripada 11 ahli yang dilantik oleh Pengarah Hospital (selepas ini disebut "Pihak Pegawai") dan 29 Ahli yang dipilih oleh wakil-wakil kumpulan jawatan yang mewakili skim perkhidmatan di Hospital Labuan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Hospital Labuan seperti berikut :-
a. | Pengarah Hospital | Pengerusi |
b. | Ketua Unit Farmasi | Ahli |
c. | Ketua Unit Dietetik & Sajian | Ahli |
d. | Ketua Unit Teknologi Maklumat | Ahli |
e. | Ketua Bahagian Pengurusan | Ahli |
f. | Ketua Unit Fisioterapi | Ahli |
g. | Ketua Unit Makmal Patologi | Ahli |
h. | Ketua Unit Kebajikan & Sosial Perubatan | Ahli |
i. | Ketua Unit Kecemasan & Trauma | Ahli |
j. | Ketua Unit Kejururawatan | Ahli |
k. | Ketua Unit HDU | Ahli |
l. | Ketua Unit Pentadbiran | Ahli |
m. | Ketua Unit Rekod Perubatan | Ahli |
n. | Ketua Unit Kewangan | Ahli |
o. | Ketua Unit Sumber Manusia | Ahli |
p. | Ketua Unit Pembangunan | Ahli |
3. Pegawai-pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing.
4. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Hospital Labuan Kementerian Kesihatan Malaysia atau di dalam pejabat-pejabat cawangannya di mana berkenaan dan dilantik oleh wakil-wakil Skim Jawatan yang mewakili pekerja-pekerja tersebut.
5. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon yang mewakili Skim Jawatan berkenaan.
6. Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama dua (2) tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.
7. Setiap ahli yang dilantik daripada pihak pegawai dan wakil-wakil Skim Jawatan yang dipilih perlu juga melantik ahli ganti sekiranya ahli yang dilantik/dipilih tidak dapat hadir ke Mesyuarat MBJ pada tarikh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun kehadiran ahli ganti itu hanya diperlukan sebagai ahli turut hadir apabila ada isu yang dibangkitkan untuk memberi penerangan ketika sesuatu keputusan itu dibuat. Keanggotaan Pihak Pekerja adalah seperti di Lampiran A.
8. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi (dari pihak pekerja) dan Setiausaha Bersama", dan
9. Tiap-tiap pihak dalam majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama .
10. Tujuan Majlis adalah seperti berikut:-
11. Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:
12. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
13. Kuorom bagi mesyuarat majlis hendaklah terdiri daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja.
14. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.
15. Mesyuarat khas majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.
16. Segala keputusan-keputusan majlis hendaklah dicapai secara persetujuan diantara kedua-dua belah pihak.
17. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh JKWPL di mana berkenaan.
18. Mesyuarat khas majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.
19. Perlembagaan majlis boleh dipinda dimana-mana satu mesyuarat majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.
20. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh majlis hendaklah dikemukakan ke Kementerian Kesihatan untuk persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.