SEJARAH

  1. Utama
  2. Sejarah

Latarbelakang

Labuan adalah sebuah pulau yang indah terletak di Malaysia Timur di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Kedudukannya berhampiran Negeri Sabah kira-kira 17 kilometer dari daerah Menumbok, tempat perhubungan yang paling hampir serta berhampiran dengan Negara Brunei Darussalam di sebelah barat laut dengan keluasan 87.52 km persegi.

Keadaan permukaan buminya adalah rata tetapi sedikit sebanyak berbukit-bukit di sebelah utara dan barat serta mempunyai pantai yang landai. Jarak bibir pantai Labuan dengan tanah besar Borneo.

Sejarah Hospital Lama

Dalam tahun 1940-an Labuan masih lagi dibawah pemerintahan "The Straits Settlement". Purata bilangan penduduknya hanya seramai kira-kira '8,000 orang sahaja'. Pada mulanya perkhidmatan perubtan cuma mempunyai empat (4) buah khemah iaitu Kampung kerupang, Kampung Layang-layangan, Hospital Lama dan Kampung Lajau yang mana di masa itu kategori rawatannya adalah lebih merupakan bersifat ketenteraan.

Perkhidmatan digelar sebagai "North borneo Nursing Services" (NBNS). Hospital lama kemudiannya didirikan selepas Perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1946 oleh kontraktor yang bernama Chin Kontraktor dengan jumlah katil 9 "Bed Strength" sebanyak 60 buah sahaja. jumlah kakitangannya pula di antara 40 hingga 45 orang sahaja.

Kakitangan Hospital Labuan

Kategori kakitangan pada waktu itu diantaranya adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, Ketua Pembantu Hospital, Pembantu Hospital Kanan Pembantu Hospital, Jururawat Perbidanan, Tukang masak, Pemandu dan Atendan.

Mulai dari tarikh tersebut, Pentadbiran Hospital Lama mengalami berbagai-bagai perubahan pengurusan di antaranya ialah British Borneo Corporation, British Military Administration dan Colonial North Borneo sehinggalah diserahkan kepada pusat pentadbiran pusat selepas kemerdekaan. Pegawai Perubatan "Pre-War" yang berakhir pada masa itu ialah Dr.On Kok Voo, Bahagian Jururawat pula ialah Ketua Jururawat Yolander Sia, manakala Ketua Pembantu Perubatan ialah Dr.Abu Bakar diikuti oleh Mr.Lim See Loh dan Mr. Tan Kim Lee.