AHLI LEMBAGA PELAWAT

  1. Utama
  2. ALP

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL LABUAN LANTIKAN TAHUN 2024 - 2026

KEAHLIAN

Bil. Nama Jawatan
1 Puan Noriha binti Yakup Pengerusi
2 Encik Geoffrey Peter Timbalan Pengerusi
3 Encik Sulaiman bin Dulih @ Kakasih Setiausaha
4 Encik Anus @ Anuar bin Maidin Bendahari
5 Encik Ag Ku Mohd Asmawi bin Alli Rahman Ahli
6 Encik Clarance Bong Yuen Siong Ahli
7 Puan Erma Zuriana binti Suhaimi Ahli
8 Puan Herda Yanti binti Abdul Kahar Ahli
9 Encik Jamil @ Rosli bin Kario Ahli
10 Encik Mohd Nazri Binti Daud Ahli
11 Puan Norzizah @ Nani binti Ghani Ahli
12 Encik Puting bin Abdul Rahman Ahli
13 Encik Raynol bin Joanis Ahli
14 Puan Siti Noorbayeh bte Abdulamin Ahli
15 Encik Syairol bin Sabtu Ahli

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


  1. Penghubung antara Hospital dan Komuniti;

    Bertindak sebagai penghubung yang mengeratkan hubungan hospital dan komunit. ALPH memainkan peranan perhubungn awam yang positif dengan meberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital serta masalah yang dihadapi pihak Hospital dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Imej dan peranan sesebuah hospital dapat diperbaiki dengan bantuan pihak ALPH.

  2. Mengadakan Lawatan ke Hospital;

    Mengadakan lawatan ke Hospital untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan di hospital, masalah yang dihadapi berkaitan perkhidmatan kepaa pesakit dan waris, masalah yang dihadapi pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan di hospital dan kebajikan yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga wajib menyediakan laporan lawatan dan dibincangkan dalam Mesy ALPH.

  3. Perkhidmatan Kebajikan kepada Pesakit dan Hospital;

    Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan hospital umpamanya dengan mengumpulkan buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin, mengumpul dan menghadiahkan barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, ALPH juga boleh secara peribadi menyumbangkan atan mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat pesakit berehat dan sebagainya.

  4. Melibatkan Diri dalam Aktiviti Hospital

    Melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen derma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. ALPH boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital;

    Namun demikian, dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang disebutkan di atas, ALPH tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran Hospital dan juga rawatan pesakit.