EKSA HOSPITAL LABUAN

  1. Utama
  2. EKSA

LATAR BELAKANG

EKSA adalah hasil penjenamaan semula konsep 5S yang telah giat dilaksanakan di fasiliti kerajaan. EKSA bertujuan menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan. Ia memberi identiti tersendiri bagi sektor awam dan meningkatkan persaingan di antara agensi-agensi kerajaan.

Amalan EKSA dapat memenuhi keperluan semasa dan pada masa yang sama memberi imej korporat baru kepada sector awam. Dengan mengamalkan EKSA persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan pratikal dapat dihasilkan bagi mengurangkan pembaziran dan secara langsung dapat mengurangkan kos operasi.

KONSEP 5S

  • Konsep 5S berasal dari negara Jepun dan merupakan lean management tool yang kerap digunakan dalam sektor perindustrian. 5S merupakan singkatan 5 perkataan Jepun dan telah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris seperti berikut:
  • JEPUN MALAYSIA INGGERIS
    seiri sisih sort
    seiton susun sort in oder
    seiso sapu shine
    seiketsu seragam standardise
    shitsuke sentiasa amal sustain

PENJENAMAAN SEMULA EKSA

  • EKSA telah diperkenalkan bagi penjenamaan semula 5S melalui Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Konduktif Sektor Awam.
  • Tujuan Penjenamaan semula adalah:
    • 1. Menampilkan imej baru
    • 2. Kekal relevan
    • 3. Meningkatkan persaingan di antara agensi
    • 4. Mempunyai identiti sendiri
    • 5. Memenuhi keperluan semasa

Objektif Bagi Penjenamaan Semula

  • 1. Dapat menampilkan imej korporat
  • 2. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
  • 3. Melahirkan warga kerja yang lebih kreatif dan inovatif
  • 4. Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)

LOGO EKSA

  • BENTUK BULAT - Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasamadan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa danpangkat dalam memastikan amalan EKSA sebagai budaya kerja.
  • Akronim EKSA - “Ekosistem Kondusif Sektor Awam”
  • Logo KKM - Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakanpenegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.
  • SISIH. SUSUN. SAPU. SERAGAM. SENTIASA AMAL - Indikator kepada Amalan 5S secara amnya.
  • WARNA BIRU - Biru Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmendankepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan amalanEKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatansemangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA
  • WARNA HITAM - Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam(black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap profesional wargaKKM.
  • WARNA PUTIH- Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatanyang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambangkesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkanolehwarga KKM
  • WARNA MERAH - Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana danmenjayakan amalan EKSA

CARTA ORGANISASI EKSA