Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mana-mana orang yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino. | |
Di dalam mana-mana hospital atau klinik | |
Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam | |
Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin | |
Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam | |
Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta | |
Di dalam mana-mana lapangan terbang | |
Di dalam mana-mana premis kerajaan | |
Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian. | |
Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi. | |
Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak. | |
Di dalam mana-mana bas sekolah. | |
Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad. | |
Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah. | |
Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak. | |
Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium | |
Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan | |
Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan | |
Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau, | |
Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara |