PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN WP LABUAN
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan,agama atau taraf sosio-ekonomi.
- Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi rawatan dengan segera.
TARAF PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin secara profesional.
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perhidmatan yang diberi kepadanya.
- Setiap pelanggan boleh mendapat laporan perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
PENDIDIKAN KESIHATAN
- Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat; dan
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BULAN NOVEMBER 2021
INDIKATOR | MENCAPAI SASARAN | BILANGAN | |
---|---|---|---|
BILANGAN | % | ||
TARAF PERKHIDMATAN - Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin secara profesional | |||
PERGIGIGAN - Bilangan pesakit yang menerima rawatan dalam 60 minit |
1688 | 91.10% | 1853 |
JABATAN FARMASI dan BEKALAN, HOSPITAL LABUAN - 95% Preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit |
5266 | 99.94% | 5269 |
UNIT FARMASI, KLINIK KESIHATAN LABUAN - 95% Preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit |
4738 | 100.00% | 4738 |
UNIT FARMASI, KLINIK UTC LABUAN - 95% Preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit |
2432 | 100.00% | 2432 |
MAKLUMAT PERKHIDMATAN - Setiap pelanggan boleh mendapat laporan perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin mengikut peraturan yang ditetapkan. | |||
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI - Lesen/permit yang baru akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas menerima dokumen yang lengkap dan semua syarat-syarat yang dikehendaki dipenuh |
- | - | - |