me

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Laman Web ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan untuk memberi informasi tepat dan terkini berkenaan isu kesihatan dan perubatan kepada semua warga Labuan. Di laman web ini juga pihak kami ingin memberi informasi berkaitan perkhidmatan yang diberikan, fasiliti-fasiliti yang memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada warga Labuan, memberi hebahan program program yang dijalankan untuk komuniti serta wadah bagi penerangan isu-isu perubatan dan kesihatan terkini kepada semua warga Labuan. Pada tahun ini, Laman Web ini terus ditambah baik dengan memasukkan eleman interaksi Pengarah Jabatan Kesihatan negeri bersama warga Labuan bagi memberi peluang kepada warga Labuan memberikan pendapat dan pandangan untuk kami terus memercu perkhidmatan kesihatan di Labuan ke arah kecermerlangan.

Jabatan Kesihatan Labuan komitted untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada penduduk Labuan dengan visi, misi dan objektif yang fokus ke arah menjadikan Labuan sebagai Pulau Sihat dan peneraju perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Pulau Sihat bukan sekadar impian dan ia memerlukan komitmen semua pihak untuk bersama mengembleng tenaga dan buah fikiran ke arah bukan sahaja merealisasikan Labuan sebagai Pulau Sihat tetapi memastikan tahap kesihatan terbaik bagi warga Labuan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam pembangunan Laman Web Jabatan Kesihatan WP Labuan ini dan berharap Laman Web ini akan terus dipertingkatkan selari dengan teknologi terkini bagi memastikan ia terus cemerlang di dalam memberikan maklumat kesihatan terkini kepada warga Labuan.

Adalah menjadi harapan saya Laman Web ini akan terus menjadi pilihan warga Labuan khasnya dan masyarakat Malaysia amnya di dalam mendapat infomasi terkini berkaitan isu kesihatan dan Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan WP Labuan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"


DR FRANCIS PAUL (mmc: 33087)

PENGARAH

JABATAN KESIHATAN WP LABUAN