PENGENALAN

Bahagian Kesihatan Awam telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 iaitu selepas pembentukan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Pejabat Kesihatan Kawasan Wilayah Persekutuan Labuan di mana pentadbirannya adalah di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pada dasarnya Bahagian Kesihatan Awam tetap menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama seperti aktiviti-aktiviti Pejabat Kesihatan yang lain dan semua urusan pentadbiran dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Awam di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian Kesihatan Awam terdiri daripada seksyen-seksyen berikut :

  • Seksyen Perkembangan Kesihatan Awam
  • Seksyen Pembangunan Kesihatan Keluarga
  • Seksyen Promosi (Pendidikan) Kesihatan
  • Seksyen Kawalan Penyakit
  • Seksyen Pemakanan
  • Seksyen Kejuruteraan

VISI

Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta serasi pelanggan dan masyarakat.

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan, professional dan berhemah, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program Kesihatan Awam.

DASAR KUALITI

Kami komited untuk menjadikan Bahagian Kesihatan Awam W.P. Labuan sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi kehendak masyarakat dan berusaha membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian serta kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan.

Seksyen Promosi Kesihatan

PENGENALAN

Unit Promosi Kesihatan beroperasi di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WP Labuan. Unit ini bertanggungjawab terhadap perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian program pendidikan kesihatan sebagai program khusus disamping memberi sokongan dalam aspek pendidikan kesihatan untuk semua program kesihatan di Jabatan Kesihatan.

Unit Promosi Kesihatan diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen pendidikan kesihatan di dalam program-program lain di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Unit ini berperanan penting dalam meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan pengamalan tingkahlaku yang sihat dengan tujuan supaya dapat memperbaiki tahap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat melalui daya usaha masyarakat sendiri.

Aktiviti Promosi Kesihatan dilaksanakan di semua program dan unit-unit di Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dengan nasihat kepakaran dari unit ini.

OBJEKTIF

Objektif utama Unit Promosi Kesihatan adalah mencapai perubahan pengetahuan, sikap dan tingkahlaku untuk tujuan meningkatkan kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi daya usaha sendiri dengan :-

  • Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat
  • Meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri
  • Meningkatkan kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang ada dan menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut

Seksyen Pemakanan

PENGENALAN

Seksyen Pemakanan merupakan seksyan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Kumpulan sasar bagi aktiviti pemakanan adalah selari dengan kumpulan sasar bagi Perkhidmatan Kesihatan Keluarga. Aktiviti pemakanan boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan.

Program Pengawasan bertujuan untuk memantau taraf pemakanan bagi kategori yang telah ditetapkan. Program pemulihan meningkatkan dan memperbaiki taraf pemakanan masyarakat yang mengalami kekurangan dan berlebihan zat makanan. Program promosi pula bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan agar dapat menyumbang kepada perubahan cara gaya hidup yang lebih sihat.

OBJEKTIF UMUM

Untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat
  • Meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri
  • Meningkatkan kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang ada dan menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut

OBJEKTIF KHUSUS

  • Meningkatkan amalan penyusuan susu ibu dan pemberian makanan pelengkap
  • Meningkatkan amalan pengambilan makanan dan pemakanan yang baik
  • Mengurangkan masalah kekurangan Protein-Tenaga
  • Mengurangkan masalah mikronutrien
  • Mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti
  • Pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan