JSN_TPLFW_TOGGLE_MENU
 

Fungsi Seksyen Khidmat Pengurusan

 

  • Memastikan pengurusan pentadbiran, kebajikan, anggota dan pejabat mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa
  • Memastikan semua urusan berkaitan dengan perkhidmatan, kemudahan dan kerjaya anggota Ibu Pejabat diurus dan dikemaskini dari semasa ke semasa
  • Memastikan pengurusan dan pemantauan urusan keselamatan di Ibu Pejabat mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa
  • Menyemak dan menyelaras Kontrak Perjanjian yang dilaksanakan di JKWP Labuan mengikut tatacara yang berkuatkuasa sedia ada
  • Memastikan semua urusan surat menyurat dipantau dengan baik dan diselaraskan merujuk kepada Tatacara Pengurusan Fail sedia ada dan betul

 

Fungsi Seksyen Khidmat Pengurusan II

 

  • Memastikan semua perlaksanaan integriti dapat dilaksanakan sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti di semua Institusi Awam dengan memastikan pembudayaan penginstitusian dan perlaksanaan integriti dalam organisasi
  • Memastikan semua urusan majlis-majlis rasmi Kementerian berjalan lancar
  • Memastikan penyediaan perkhidmatan rujukan maklumat / koleksi perkhidmatan yang terkini dan mesra pelanggan
  • Memastikan aduan / maklumat diterima dan diambil tindakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Memastikan perkhidmatan penyediaan pemandu Jabatan adalah betul dilaksanakan berdasarkan Tatacara yang betul
  • Memastikan semua surat-surat direkod, diterima dan dihantar dengan baik dan betul

 

Objektif Unit Teknologi Maklumat

Menyokong objektif JKWPL dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berbentuk khidmat nasihat, latihan, pembangunan aplikasi, penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT, perolehan peralatan ICT dan pelaksanaan projek-projek ICT yang cekap, berkesan dan serasi pelanggan.

 

Fungsi Unit Teknologi Maklumat

  • Merancang dan mengurus pentadbiran organisasi ICT, aset ICT dan waran peruntukan ICT
  • Mengurus dan memantau kontrak projek ICT
  • Merancang dan menyelaras keperluan ICT semua fasiliti kesihatan
  • Mengurus, membangun, melaksana, menyelenggara dan memantau aplikasi ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Melaksanakan Change Management dan pemindahan teknologi aplikasi ICT
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal aplikasi ICT
  • Mengemaskini dan menyelenggara portal JKN dan memantau portal semua fasiliti kesihatan
  • Merancang, membangun dan melaksana persembahan multimedia
  • Mengurus dan mentadbir pangkalan data aplikasi ICT
  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Mengurus dan menyelenggara emel rasmi di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Merancang perlaksanaan Dasar Keselamatan ICT KKM
  • Memantau dan melaksana kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan/perisian/rangkaian ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Mengendalikan Meja Bantuan (Helpdesk) ICT

FUNGSI SEKSYEN

  1. Merancang, melaksanakan dan memantau projek-projek Pembangunan
  2. Pengurusan pentadbiran bagi permohonan projek peruntukan pembangunan, Pelaksanaan ,Pemantauan dan Pelaporan
  3. Pemantauan Berterusan bagi kerja-kerja penyelenggaraan
  4. Pengurusan pentadbiran aset tidak alih kerajaan seperti Pengurusan Tanah, Penyewaan premis demis dan penyewaan ruang pejabat.

Pengenalan

Seksyen Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan diwujudkan selaras dengan perkembangan pada masa kini serta kepentingan perkhidmatan psikologi dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan mental di kalangan penjawat awam. Unit Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan telah diwujudkan pada Julai 2009 di bawah kelolaan Pegawai Psikologi Kaunseling S41, Mohd Fais bin Ismail. Hal ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan bil. 18, 2005 yang menekankan panduan aplikasi Psikologi dalam pengurusan sumber manusia.

Perkhidmatan psikologi merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan psikologi yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang penjawat awam menghindari diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal. Perkhidmatan psikologi juga menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut.

Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan, pendekatan psikologi yang menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan dapat membantu penjawat awam meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta hasil kerja yang produktif dan berkualiti.

 
Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Kesihatan Negeri, W.P. Labuan
Empat skop aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang terdapat dalam pekeliling perkhidmatan bil. 18 tahun 2005.
 
•  Aplikasi psikologi dalam penilian personel
   –  Bertujuan membantu penjawat awam memahami minat, personality, emosi, sikap dan pencapaian seseorang menggunakan ujian psikologi.
 
•  Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel
   –  Bertujuan mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja dan sikap yang positif
   –  Menyediakan cadangan pelaksanaan yang berkaitan dengan aspek psikologi dalam pembangunan kendiri.
   –  Menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi seperti pengurusan emosi, stress, perubahan sikap, set minda, perhubungan individu dan lain-lain.
 
•  Aplikasi penyelidikan psikologi
   –  Bertujuan mengkaji permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor-faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dan sistem kerja.
   –  Menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di Jabatan Kesihatan Negeri, W.P. Labuan
 
•  Aplikasi psikologi dalam intervensi
   –  Bertujuan membangun dan membantu penjawat awam mengurus masalah melalui program pengupayaan kendiri (PPK)
JSN_TPLFW_GOTO_TOP