Permohonan Menjalani Latihan Industri
Proses Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal di Fasiliti Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan
- Pelajar perlu mengemukakan borang permohonan menjalani Latihan Industri tidak kurang dari TIGA (3) BULAN sebelum menjalani latihan.
(Klik di sini untuk borang permohonan latihan Industri/ klinikal)
- Pihak IPT dan Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-
- IPT perlu mengemukakan salinan Memorandum Perjanjian (MoA) dan salinan resit bayaran mengikut Format Penerimaan Bayaran Penggunaan Fasiliti (Rujuk Lampiran 4) bagi Penempatan Pelajar IPT di Fasiliti KKM.
- Surat Sokongan perlu disediakan oleh IPT (Universiti/ Institut/ Kolej).
- Surat Permohonan perlu di lengkapkan oleh pemohon/ pelajar.
- Borang Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal.
- Objektif pembelajaran/ aktiviti latihan dan jadual latihan yang akan dijalankan perlu disediakan oleh IPT.
- Senarai peralatan/ consumable/ disposable untuk latihan yang perlu disediakan oleh IPT (jika berkaitan).
- Borang Penilaian Pelajar.
- IPT perlu mengemukakan bukti/rekod pelajar/ pelatih telah mendapatkan suntikan Hepatitis B sebelum penempatan dilaksanakan.
- Pihak Jabatan berhak sepenuhnya :-
- Menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan.
- Menentukan penempatan/ disiplin tanpa mengikut mana-mana tempat yang lebih memerlukan tanpa merujuk pilihan pelajar.
- Surat kelulusan atau penolakan akan dikeluarkan dan diposkan kepada pemohon dalam tempoh dua hingga tiga minggu daripada tarikh permohonan diterima.
- Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula kepada pemohon.
- Pelajar perlu memaklumkan kepada Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan sekiranya tidak dapat menjalani latihan.
- Keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 087-596 000
Encik Mohd Zaini b. Mohamad Zaini
( samb: 6223
*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norsazuani bt. Sahar
( samb: 6149
*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.