Apakah penyebab karies gigi? |
---|
Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi. |
Apakah penyebab penyakit gusi? |
Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar. |
Apa yang saya perlu lakukan sekiranya gigi saya sakit pada waktu malam? |
Selalunya rasa sakit ini boleh berhenti atau berkurangan apabila dua tablet (1000mg) Paracetamol (Panadol) diambil. Sila dapatkan rawatan gigi pada esok pagi. |
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik semasa mengandung? |
Kesihatan mulut adalah penting dan menyumbang kepada kesihatan diri menyeluruh, maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian yang khusus terhadap tanda-tanda penyakit gusi. • Adalah penting untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut setiap hari secara menyeluruh, termasuk memberus dan menggunakan flos. • Lawatan ke klinik pergigian di peringkat awal kehamilan membolehkan pakar pergigian mengenalpasti masalah kesihatan mulut yang mungkin perlu dirawat. |
Mengapa gusi saya berdarah ketika memberus gigi? |
Gusi berdarah selalunya merupakan tanda penyakit gusi. Keadaan ini selalunya akan pulih jika plak disingkirkan melalui pemberusan dan gigi diflos setiap hari. Pendarahan gusi juga kerap berlaku semasa tempoh perubahan hormon ketika baligh dan kehamilan. Namun begitu, kadang-kala pendarahan gusi juga merupakan tanda gangguan penyakit darah. |
Adakah anak istimewa saya lebih terdedah kepada kepada masalah gigi? |
Ya, kanak-kanak istimewa selalunya dikaitkan dengan – • Tahap plak gigi dan tahap kebersihan mulut yang kurang memuaskan • Kadar penyakit gusi dan kehilangan gigi yang lebih tinggi • Mempunyai lebih gigi berlubang yang tidak dirawat |
Bilakah sepatutnya saya membawa anak saya berjumpa doktor gigi? |
Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat. |
Bagaimana saya menjaga gigi palsu saya? |
|
Bagaimanakah fluorida mencegah kerosakan gigi? |
- Fluorida mengurangkan enamel gigi daripada larut oleh asid. |
Apakah nasihat selepas cabutan? |
Selepas cabutan tentukan amalan berikut diikuti: |
Apakah dokumen yang perlu dibawa ke Klinik Pergigian? |
i. Untuk Kanak-Kanak - Sijil Lahir / mykid ii. Pelajar Sekolah - Surat dari sekolah - mykid / Kad Pengenalan iii. Pesakit Luar Warganegara Bukan Warganegara iv. Ibu Mengandung - Buku mengandung v. Pesara |
Bolehkah warga asing mendapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian? |
Hanya kes-kes melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj adalah mengikut pekeliling terkini. |
Tarikh Kemaskini :