Objektif Unit Teknologi Maklumat
Menyokong objektif JKWPL dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berbentuk khidmat nasihat, latihan, pembangunan aplikasi, penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT, perolehan peralatan ICT dan pelaksanaan projek-projek ICT yang cekap, berkesan dan serasi pelanggan.
Fungsi Unit Teknologi Maklumat
- Merancang dan mengurus pentadbiran organisasi ICT, aset ICT dan waran peruntukan ICT
- Mengurus dan memantau kontrak projek ICT
- Merancang dan menyelaras keperluan ICT semua fasiliti kesihatan
- Mengurus, membangun, melaksana, menyelenggara dan memantau aplikasi ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
- Melaksanakan Change Management dan pemindahan teknologi aplikasi ICT
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal aplikasi ICT
- Mengemaskini dan menyelenggara portal JKN dan memantau portal semua fasiliti kesihatan
- Merancang, membangun dan melaksana persembahan multimedia
- Mengurus dan mentadbir pangkalan data aplikasi ICT
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di JKN dan semua fasiliti kesihatan
- Mengurus dan menyelenggara emel rasmi di JKN dan semua fasiliti kesihatan
- Merancang perlaksanaan Dasar Keselamatan ICT KKM
- Memantau dan melaksana kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan/perisian/rangkaian ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
- Mengendalikan Meja Bantuan (Helpdesk) ICT