Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan,agama atau taraf sosio-ekonomi.
- Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi rawatan dengan segera.
TARAF PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin secara profesional.
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perhidmatan yang diberi kepadanya.
- Setiap pelanggan boleh mendapat laporan perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
PENDIDIKAN KESIHATAN
- Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah diwajibkan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat; dan
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.





