PENGENALAN

Bahagian Perubatan adalah salah satu dari lima bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Kesihatan W.P .Labuan. Ia diterajui oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan),Pegawai Perubatan UD54.Sehingga kini jumlah bilangan kakitangannya adalah seramai 10 orang meliputi pelbagai profesion iaitu Pegawai Perubatan,Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Tadbir Operasi dan Pembantu Tadbir Rekod.

Bahagian ini terdiri daripada 4 unit:

  • Unit Kualiti Perubatan
  • Unit Amalan dan Medikolegal
  • Unit Perkembangan Perubatan
  • Unit Rekod Perubatan

VISI

Ke arah individu, keluarga dan masyarakat WP Labuan sihat sejahtera bagi menikmati kehidupan yang berkualiti.

MISI

Membentuk masyarakat WP Labuan sihat melalui :-

i.Perkhidmatan jagaan kesihatan yang berkualiti, mampu dan mudah diperolehi.

ii.Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi dengan mengutamakan pelanggan melalui:

- Saksama;

- Tidak Membebankan;

- Cekap;

- Wajar Mengikut Teknologi;

- Boleh Disesuaikan Mengikut Persekitaran;

- Inovatif

iii. Menerajui dan berusaha untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan;

- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

OBJEKTIF UMUM

Program Perubatan ini berperanan dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan semua aktiviti program rawatan perubatan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah kepada pelanggan.

OBJEKTIF SPESIFIK

i. Memastikan penyampaian perkhidmatan perubatan yang cekap, berkesan, selamat dan mesra pelanggan.

ii. Merangka dan melaksana perancangan yang strategik bagi Program Perubatan selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.

iii.Memantau dan menilai semua program dan aktiviti penjagaan perubatan di hospital kerajaan , hospital swasta , klinik perubatan swasta , klinik pergigian swasta dan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari (TCM).

iv. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan insiatif kualiti dan inovasi bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti hospital.

v. Menggalakkan kolaborasi dan penyelarasan antara sektor dan agensi- agensi lain dalam semua aktiviti berkaitan dengan perubatan dan kesihatan.

CARTA ORGANISASI

UNIT KUALITI PERUBATAN

FUNGSI

  • Merancang, melaksana dan memantau aktiviti survelan pencapaian klinikal termasuk pelaporan pencapaian data KPI (Key Performance Indicator) / CPVF (Clinical Performance Verification Form ) / HPIA (Hospital Performance Indicator for Accountability)dan aktiviti audit KPI PKN dan TPKN(P).
  • Sekretariat bagi pelaporan pencapaian KPI Pengarah Kesihatan Negeri.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti QAP peringkat negeri termasuk aktiviti latihan, pengurusan konvensyen, dokumentasi dan liason di antara KKM dan JKN bagi aktiviti ini.
  • Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan aktiviti Kawalan Infeksi di fasiliti hospital
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaporan Malaysian Patient Safety Goal (MPSG) dan aktiviti keselamatan pesakit peringkat Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan.
  • Penyelarasan dan pemantauan program Incident Reporting (IR) hospital.
  • Sekretariat negeri bagi pelaksanaan aktiviti P5VS dan Program Bebas Kesakitan (PFP).
  • Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) hospital.

  • Memantau program latihan atau ’echo training’ CPG di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan serta membuat laporan aktiviti latihan CPG dan pengedaran garispanduan dan maklumat lain yang berkaitan.
  • Pemantauan Piagam Pelanggan Teras KKM Bahagian Perubatan untuk hospital.
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaporan aktiviti Lean Healthcare di hospital.
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti akreditasi hospital.
  • Sekretariat negeri bagi pelaksanaan aktiviti program Safe Surgery Saves Lives(SSSL).
  • Penyelaras klinikal bagi sistem Casemix hospital.
  • Pengendalian aktiviti kualiti yang lain seperti MS ISO, EKSA peringkat bahagian Perubatan sendiri.
  • Sekretariat negeri bagi Program Credentialing and Privileging (C&P) JKWP Labuan.

UNIT PERKEMBANGAN PERUBATAN

FUNGSI

  • Menyelaras penempatan Pegawai Perubatan baru ke fasiliti kesihatan WP Labuan.
  • Menyelaras permohonan Latihan Elektif bagi Pelajar Perubatan ke Hospital Labuan.
  • Menghadiri mesyuarat bersama Agensi Luar.
  • Memantau pencapaian Pelan Strategik bahagian Perubatan.
  • Mengendalikan mesyuarat berkaitan.
  • Memantau dan menyelaras aktiviti LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) Perubatan.
  • Menjalankan penyeliaan dan pengauditan hospital secara berkala.

  • Memantau aktiviti pembangunan hospital Labuan.
  • Menyelaras permohonan peralatan perubatan dan bukan perubatan bahagian Perubatan dan hospital Labuan.
  • Memantau program Continuous Profession Development (CPD) bahagian dan Hospital Labuan.
  • Memantau aktiviti Continous Profession Development (CPD) kakitangan Bahagian Perubatan JKWPL.

UNIT AMALAN DAN MEDIKOLEGAL

FUNGSI CKAPS

  • Permohonan pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta.
  • Pengendalian permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (klinik perubatan dan klinik pergigian swasta).
  • Memantau aduan terhadap kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan memastikan aduan tersebut diambil tindakan dan selesai.
  • Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan ke atas kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Akta 586.
  • Pemantauan dan kawal selia semua kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
  • Pemantauan permohonan lokum peringkat negeri.

FUNGSI MEDIKOLEGAL

  • Menyelaras dan mengurus maklumbalas pelanggan terhadap perkhidmatan hospital kerajaan di WP Labuan termasuk aduan awam, pertanyaan, cadangan, permohonan dan penghargaan.
  • Menyelaras dan mengurus aduan serta saman Medico-Legal terhadap perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan di WP Labuan termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas dan Jawatankuasa Tawaran Ex-Gratia.
  • Menjalankan latihan berkaitan pengurusan dan penyiasatan aduan serta etika dan perundangan perubatan.
  • Memantau pelaksanaan cadangan dan langkah-langkah penambahbaikan terhadap aduan perkhidmatan hospital.

UNIT REKOD PERUBATAN

FUNGSI

  • Mengumpul dan memantau data-data statistik kesihatan
  • Menyelaras pengurusan penubuhan Lembaga Perubatan
  • Mengendalikan mesyuarat berkaitan Unit Rekod Perubatan
  • Mengadakan latihan termasuk kursus, bengkel dan taklimat berkaitan rekod
  • Mengendalikan penyediaan dan penerbitan Laporan Tahunan dan Health Facts
  • Memantau pelaksanaan audit rekod mengikut garis panduannya dan ICD10 / ICD11.