KESIHATAN PERGIGIAN
- Profil
- Kesihatan Pergigian
PENGENALAN
Bahagian Kesihatan Pergigian adalah salah satu program di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Labuan. Ia diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab bagi semua aktiviti kesihatan pergigian yang telah ditetapkan di peringkat kementerian.
Ada tiga aktiviti utama iaitu aktiviti pentadbiran dan pengurusan pergigian, perkhidmatan pergigian primer dan perkhidmatan pergigian masyarakat.
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
FAKSILITI PERGIGIAN
JENIS KEMUDAHAN
KLINIK PERGIGIAN
- Klinik Pergigian WP Labuan (Klinik Kesihatan Labuan)
- Klinik Pergigian UTC (UTC Labuan)
KLINIK KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH
- SK Pekan 1
- SK Pekan 2
- SJK (C) Chi Wen
PASUKAN PERGIGIAN BERGERAK (PPB)
- PPB Sekolah Rendah
- PPB Sekolah Menengah
- PPB Prasekolah
Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat
PENGENALAN
Fokus Kesihatan Pergigian Masyarakat adalah untuk mencegah karies gigi dan Kanser Mulut. Ini termasuk pemfluoridaan bekalan air awam, rawatan klinikal seperti rawatan sealan fisur bagi gigi geraham dan varnish fluorida, program pencegahan seperti aktiviti ceramah, latihan memberus gigi, role play dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut
Pemfluoridaan
Pemfluoridaan bekalan air awam merupakan langkah pencegahan yang efektif yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat sekiranya paras bekalan fluoride berada pada tahap optimum. Pemfluoridaan telah terbukti dapat mengurangkan kejadian karies gigi. Kerjasama perlu ditingkatkan dengan pihak Jabatan Bekalan Air serta Loji Swasta.
Sealan Fisur
Sealan Fisur merupakan satu aktiviti pencegahan yang dijalankan secara klinikal yang bertujuan bagi mencegah karies gigi. Dibawah aktiviti ini sealan fisur disapu pada liang dan fisur gigi geraham kekal dikalangan kanak-kanak yang berisiko mendapat karies gigi.
Kanser Mulut
Aktiviti pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut . Aktiviti ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan mendapatkan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut. Kanser yang dikesan pada peringkat awal berpotensi lebih baik untuk sembuh.
Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer
PENGENALAN
Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer ditujukan kepada semua penduduk Labuan di mana golongan sasaran utama adalah kanak-kanak kecil, kanak-kanak prasekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, kanak-kanak keperluan khas, dewasa dan wargatua. Semua aktiviti di bawah program ini telah dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan hasil kesihatan mulut yang optimum.