Proses Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal di Fasiliti Kesihatan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

1. Pelajar perlu mengemukakan borang permohonan menjalani Latihan Industri tidak kurang dari TIGA (3) BULAN sebelum menjalani latihan.
Borang Permohonan Latihan Industri/ Klinikal boleh dimuat turun di sini.2. Pihak IPT dan Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-
- IPT perlu mengemukakan salinan Memorandum Perjanjian (MoA) dan salinan Resit Bayaran mengikut Format Penerimaan Bayaran Penggunaan Fasiliti (Rujuk Lampiran 2B:Garis Panduan Penggunaan Fasiliti KKM Bagi Tujuan Latih Amal Pelajar / Pelatih Pemberi Pendidikan Tinggi) bagi Penempatan Pelajar IPT di Fasiliti KKM.
- Surat Sokongan perlu disediakan oleh IPT (Universiti/ Institut/ Kolej).
- Surat Permohonan perlu di lengkapkan oleh pemohon/ pelajar.
- Borang Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal.
- Objektif pembelajaran/ aktiviti latihan dan jadual latihan yang akan dijalankan perlu disediakan oleh IPT.
- Senarai peralatan/ consumable/ disposable/ clinical attire untuk latihan yang perlu disediakan oleh IPT (jika berkaitan).
- Borang Penilaian Pelajar
- IPT perlu mengemukakan bukti/ rekod pelajar/ pelatih telah mendapatkan suntikan vaksin Hepatitis B dan lain-lain vaksin berkaitan sebelum penempatan dilaksanakan
3. Pihak Jabatan berhak sepenuhnya:
- Menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan.
- Menentukan penempatan/ disiplin tanpa mengikut mana-mana tempat yang lebih memerlukan tanpa merujuk pilihan pelajar.

4. Surat kelulusan atau penolakan akan dikeluarkan dan diemelkan kepada pemohon dalam tempoh dua hingga tiga minggu daripada tarikh permohonan diterima.
5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula kepada pemohon.
6. Pelajar perlu memaklumkan kepada Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan sekiranya tidak dapat menjalani latihan.
7. Keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 087-596 000
- 1. Puan Norsazuani bt. Sahar
-
- samb:6149
- norsazuani@moh.gov.my
- 2. Encik Mohd Zaili bin Mohamad Zaini
-
- samb:6223
- mohdzaili.mzh@moh.gov.my
Rujukan:
- Garis Panduan Penggunaan Fasiliti KKM Bagi Tujuan Latih Amal Pelajar / Pelatih Pemberi Pendidikan Tinggi
- Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan-16/2008: Garis Panduan Melaksanakan Posting Elektif Oleh Pelajar Perubatan Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
- Garis Panduan Bersepadu Pelaksanaan Latihamal Bagi Pelajar/ Pelatih Pendidikan Tinggi Di Fasiliti KKM Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19
- Edaran Garis Panduan Preliminari Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Version 1.0
- Pemakluman Permulaan Tarikh Latihamal Bagi Pelajar/Pelatih Pendidikan Tinggi Program Kesihatan Bersekutu di Fasiliti KKM