Bahagian Pengurusan

Sebarang aduan boleh dikemukakan secara bertulis di alamat berikut:- Jabatan Kesihatan Negeri Peti Surat 80832 87018 Wilayah Persekutuan Labuan Atau melalui telefon ke talian 087-596000 Atau melalui emel ke alamat e-mel : jkwplabuan@moh.gov.my Atau menggunakan borang di atas talian di alamat URL http://moh.spab.gov.my/

Bahagian Kesihatan Awam

10 - 97 minit.

120 minit bermula daripada pendaftaran sehingga selesai mendapat ubat di kaunter farmasi

  • Saringan Kesihatan
  • Perkhidmatan Klinik Diabetis
  • Perkhidmatan Saringan Pra-Perkahwinan (Muslim dan Bukan Muslim)

  • Pemeriksaan Am Radiologi dari Klinik Kerajaan dan swasta luar dan dalam WP Labuan
  • Perkhidmatan temujanji yang diselaraskan dengan Jabatan pengimejan Diagnostik Hospital Labuan

  • Temujanji KUB untuk saluran air kencing
  • Temujanji Ultrasound
  • Temujanji IVU
  • Temujanji Ct Scan

30 minit.

Laporan pakar radiologi disediakan dengan menghantar filem pesakit kepada Jabatan Pengimejan Diagnostik ( X-Ray ), Hospital WP Labuan. Keputusan boleh didapati 3 hari waktu bekerja

Bahagian Pengurusan Farmasi

Perkhidmatan Tambah Nilai( VAS) adalah salah satu inisiatif Jabatan Farmasi untuk memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka di mana-mana farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berdekatan dengan tempat kediaman atau tidak perlu menunggu lama di kaunter farmasi.

Antara perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan di Jabatan Farmasi Hospital Labuan dan Klinik Kesihatan Labuan adalah Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem Kad Temu Janji, Sistem Telefon dan Ambil, Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M).

Sila merujuk kepada Pegawai yang bertugas di kaunter farmasi tentang perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan.

Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) adalah satu kaedah rujukan yang seragam dan teratur bagi pembekalan ubat susulan di mana pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan mereka di mana-mana fasiliti kesihatan KKM yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM mengikut pilihan pesakit.

Perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M) merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui PosLaju dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. Penghantaran ubat menggunakan perkhidmatan PosLaju adalah tertakluk di dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan PosLaju. Caj kiriman adalah ditanggung oleh pesakit mengikut destinasi ubat yang dihantar

Perkhidmatan Telefon dan Ambil membolehkan pesakit mengambil bekalan ubat susulan tanpa perlu beratur atau menunggu lama. Pesakit perlu berdaftar dengan pihak farmasi terlebih dahulu. Seterusnya, pesakit hanya perlu menelefon ke farmasi memaklumkan butiran pesakit beserta tarikh dan masa yang diingini sebelum datang mengambil ubat

Perkhidmatan Kad Temu Janji membolehkan pesakit datang ke kaunter farmasi mengikut tarikh pada kad temujanji yang dikeluarkan oleh pihak farmasi dan mengambil bekalan ubat susulan yang telah disediakan awal tanpa perlu beratur atau menunggu lama. Pesakit perlu berdaftar sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan Ubat Am.

Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis), manakala Ubat Am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Pengkelasan ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor pendaftaran ubat. Abjad A digunakan untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T, X dan N digunakan bagi ubat am.

Ubat berjenama/ inovator atau ubat asal adalah ubat baru yang pertama sekali diperkenalkan dalam pasaran dan dipatenkan oleh syarikat yang menaja/ menemui ubat baru tersebut setelah menjalani pelbagai kajian dan penyelidikan.

Ubat generik pula adalah ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama dengan ubat berjenama/ inovator. Bahan aktif adalah bahan kimia yang memberikan kesan pengubatan dalam sesuatu jenis ubat. Dalam erti kata lain, kesan farmakologi ubat generik adalah sama seperti ubat inovator/berjenama. Ubat generik dihasilkan setelah paten sesuatu ubat inovator tamat ataupun apabila sesuatu ubat tidak ada perlindungan paten.

Ya. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) akan memastikan ubat generik yang didaftarkan mempunyai tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang sama dengan ubat inovator.

Ubat generik perlu menjalani dan lulus ujian kesetaraan bio (bio-equivalance) bagi membuktikan bahawa ubat generik tersebut mempunyai ciri-ciri kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang sama dengan ubat inovator. Oleh yang demikian, ubat generik mempunyai keberkesanan dan risiko kesan sampingan yang sama dengan ubat inovator.

Sebenarnya, kos untuk membangunkan sesuatu jenis ubat baru (inovator) memerlukan pelaburan wang yang besar bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan promosi ubat tersebut.

Penghasilan ubat generik tidak melibatkan kos penyelidikan dan pembangunan dari awal, sebaliknya hanya melalui ujian bio-kesetaraan, maka kos yang dilaburkan adalah jauh lebih rendah berbanding ubat inovator. Apabila terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dan menjualkan ubat generik yang sama, persaingan di antara mereka juga boleh menyumbangkan kepada harga yang lebih murah.

Adalah penting bagi anda untuk menyimpan ubat dengan cara yang betul. Cara penyimpanan ubat yang betul termasuk:
  • Jauhkan ubat dari kanak-kanak
  • Simpan ubat di tempat kering dan jauh dari panas/cahaya matahari
  • Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas.
  • Jangan simpan kapsul dan tablet di dalam bilik air, berhampiran sinki dapur atau tempat lain yang lembap. Kepanasan atau kelembapan boleh merosakkan ubat
  • Jangan letakkan kapas di dalam bekas ubat yang telah dibuka kerana ia boleh menyerap udara lembap ke dalam bekas ubat.
  • Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan.
  • Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jangka masa yang lama.
  • Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput atau tidak diperlukan lagi.

Ubat yang rosak atau tidak diperlukan lagi perlu dibuang secara sistematik dan selamat. Pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar.

Terdapat 3 Langkah Bijak Dalam Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan :
  • Langkah 1 : Asingkan ubat-ubatan yang telah melepasi tarikh luput, ubat yang tidak digunakan lagi, ubat yang rosak, berubah bentuk fizikal dan warna serta ubat yang disimpan dalam bekas yang kurang jelas labelnya. Masukkan ubat-ubatan yang telah diasingkan ke dalam bekas yang bersesuaian contohnya kotak atau beg kertas
  • Langkah 2 : Pulangkan ubat-ubat tersebut ke farmasi hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.
  • Langkah3 : Syorkan kepada saudara mara, kawan serta jiran anda berkenaan program pemulangan ubat ini.

Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda dengan segera. Sila bawa bersama-sama semua ubat yang anda ambil untuk pengesahan. Ahli farmasi atau doktor anda akan melaporkan kesan advers itu kepada pihak berkuasa.

Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda dengan segera. Sila bawa bersama-sama semua ubat yang anda ambil untuk pengesahan. Ahli farmasi atau doktor anda akan melaporkan kesan advers itu kepada pihak berkuasa.

Kerintangan Antibiotik adalah satu keadaan apabila bakteria menjadi kebal kepada antibiotik dan antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu, antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk.

Kerintangan antibiotik terjadi disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan atau tidak tepat seperti merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus (selesema) atau tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan.

Bekalan sebulan diberikan supaya pegawai farmasi boleh sentiasa memantau tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat dan sama ada pesakit mempunyai kesan advers ubat setelah mengambil ubat.

Selain itu, kualiti ubat juga lebih terjamin kerana cara penyimpanan ubat oleh pihak farmasi adalah dengan cara yang betul dan pada suhu yang bersesuaian. Ubat yang disimpan di rumah mungkin cepat rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Ini juga sebagai langkah untuk mengurangkan pembaziran ubat. Didapati sesetengah pesakit mempunyai bekalan ubat yang berlebihan dan tidak digunakan serta akan dibuang apabila dibekalkan ubat melebihi sebulan disebabkan perubahan preskripsi/ ubat oleh doktor, pesakit meninggal dunia dan pesakit tidak serasi dengan ubat.

Cawangan Penguatkuasa Farmasi

Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini telah dianalisa dan diuji akan keberkesanan dan keselamatannya. Setiap produk ubat yang telah berdaftar akan diberi nombor pendaftaran dan mestilah dicetak pada labelnya. Contoh nombor pendaftaran produk adalah seperti MAL20022544A.

Sila layari laman web www.pharmacy.gov.my dan pilih “Semakan Pendaftaran Produk”. Semakan bagi pendaftaran produk adalah sah sekiranya keputusan carian muncul pada pangkalan data Quest 2 atau Quest 3.

  • Lesen Racun Jenis A bagi ahli farmasi
  • Lesen Racun Jenis B bagi syarikat yang import & guna/beli & jual borong (wholesale)
  • Permit Sodium Hidroksida bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna Sodium Hidroksida
  • Lesen Racun Jenis E bagi syarikat yang import & guna Sodium Hidroksida sahaja

Bagi lesen racun jenis A,B, E dan permit NaOH,tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Disember tahun semasa. Permohonan pembaharuan hendaklah dihantar sebelum 31 Oktober.

Pembatalan lesen perlu dibuat jika pelesen bertukar, berhenti atau perubahan nama dan alamat premis atau perubahan pada senarai racun (Lesen Racun Jenis B) dan kuantiti NaOH/bahan psikotropik (Permit Naoh/Permit Psikotropik)

Permohonan pembatalan lesen perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh pembatalan lesen berkuatkuasa dan mestilah disertakan lesen asal, Surat permohonan pembatalan lesen dan surat pelepasan dari syarikat.

Sekiranya tiada pengganti,(Contoh: bagi premis farmasi) pelesen perlu menyediakan senarai stok racun dan dikemukakan bersama dengan permohonan pembatalan. Satu pemeriksaan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi akan dilakukan sebelum pembatalan lesen dilakukan.

  • Ammonia (5% dan ke atas)
  • Chloroform (10% dan ke atas)
  • Fluorides (3% dan ke atas)
  • Formaldehyde (5% dan ke atas)
  • Hydrochloric Acid (9% dan ke atas)
  • Nitric Acid (9% w/w dan ke atas)
  • Phosphorous
  • Potassium Hydroxide (12% dan ke atas)
  • Sodium Hydroxide (12% dan ke atas)
  • Sulphuric Acid (9% dan ke atas)

Boleh tapi dengan syarat wakil perlulah membawa “authorization letter” yang ditandatangani oleh pemegang lesen.

Semua produk kosmetik perlu dinotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dipasarkan. Contoh nombor notifikasi adalah NOT08101562K.

  • Pastikan anda beli ubat yang berdaftar dengan PBKD yang mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label hologram Meditag
  • Periksa dan baca label pada bungkusan dan kertas sisipannya
  • Berhati-hati dengan ubat yang mempunyai bungkusan dan label yang tidak jelas dan tidak betul
  • Elak beli ubat dari kedai sebarangan
  • Jangan beli ubat yang dijual di tepi jalan, pasar malam/siang atau tamu
  • Tempat terbaik untuk membeli/mendapatkan ubat adalah kedai farmasi, klinik perubatan, atau hospital.

Aduan boleh dibuat kepada mana-mana pegawai penguatkuasa farmasi di Cawangan Penguatkuasa Farmasi W.P. Labuan.

Bahagian Kesihatan Pergigian

Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

Selalunya rasa sakit ini boleh berhenti atau berkurangan apabila dua tablet (1000mg) Paracetamol (Panadol) diambil. Sila dapatkan rawatan gigi pada esok pagi.

Kesihatan mulut adalah penting dan menyumbang kepada kesihatan diri menyeluruh, maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian yang khusus terhadap tanda-tanda penyakit gusi.
  • Adalah penting untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut setiap hari secara menyeluruh, termasuk memberus dan menggunakan flos.
  • Lawatan ke klinik pergigian di peringkat awal kehamilan membolehkan pakar pergigian mengenalpasti masalah kesihatan mulut yang mungkin perlu dirawat.

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

Ya, kanak-kanak istimewa selalunya dikaitkan dengan –
  • Tahap plak gigi dan tahap kebersihan mulut yang kurang memuaskan
  • Kadar penyakit gusi dan kehilangan gigi yang lebih tinggi
  • Mempunyai lebih gigi berlubang yang tidak dirawat

Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

  • Jika anda menggunakan gigi palsu, keluarkan gigi palsu tersebut sebelum memberus dan bersihkan gigi palsu secara berasingan.
  • Ia adalah sangat penting untuk mengamalkan kebersihan gigi yang baik untuk memastikan kesihatan gigi yang masih ada dan gusi dapat dikekalkan.
  • Setiap kali selepas makan tanggalkan gigi palsu dari mulut untuk dibilas dan dibersihkan sisa makanan.
  • Bersihkan gigi palsu anda dengan teliti menggunakan berus gigi dan sabun setiap hari.
  • Rendam gigi palsu dalam bekas air / pembersih gigi palsu apabila tidak digunakan.
  • Yang paling penting, JANGAN tidur sambil memakai gigi palsu anda di dalam mulut.

  • Fluorida mengurangkan enamel gigi daripada larut oleh asid.
  • Ia mengurangkan penghasilan asid oleh bakteria dari plak gigi.
  • Fluorida juga menggalakkan pembaikan enamel gigi di permukaan yang telah dilarutkan oleh asid.

Selepas cabutan tentukan amalan berikut diikuti:
  • Gigit kapas dengan kuat dan telan air liur seperti biasa sehingga darah berhenti.
  • Jangan gigit pipi atau bibir.
  • Jangan berkumur sekurang-kurangnya 1 jam selepas cabutan.
  • Jangan mengusik bekas cabutan dengan sengaja.
  • Makan makanan yang lembut dan elakkan makanan dan minuman panas.
  • Digalakkan berehat dan jangan membuat kerja-kerja berat.
  • Sekiranya darah keluar terlalu banyak dan anda mengalami masalah, segera dapatkan rawatan di klinik pergigian atau hospital berdekatan

1. Untuk Kanak-Kanak:
  • Sijil Lahir / mykid
  • Buku Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak (Bagi Kanak-Kanak dibawah umur 4 tahun)
  • Datang bersama ibu / Bapa atau Penjaga yang berumur 21 tahun ke atas


2. Pelajar Sekolah
  • Surat dari sekolah
  • mykid / Kad Pengenalan
  • Datang bersama ibu / Bapa atau Penjaga yang berumur 21 tahun ke atas


3. Pesakit Luar- Warganegara
  • Kad Pengenalan


4. Pesakit Luar- Bukan Warganegara
  • Dokumen Pengenalan Diri
  • Salinan Sijil Nikah (Sekiranya suami / isteri warganegara)
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri


5. Ibu Mengandung- Warganegara
  • Buku mengandung
  • Kad Pengenalan


6. Ibu Mengandung- Bukan Warganegara
  • Buku mengandung
  • Dokumen Pengenalan Diri
  • Salinan Sijil Nikah (Sekiranya suami warganegara)


7. Pesara
  • Kad pesara serta salinan
  • Kad Pengenalan

Hanya kes-kes melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj adalah mengikut pekeliling terkini.

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan

1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap

1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap (sekiranya ada sijil HACCP KKM) 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap (sekiranya tiada sijil HACCP KKM)

5 hari bekerja

5 hari bekerja

Bahagian Perubatan

Pasukan Liputan Perubatan akan ditubuhkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum acara dijalankan dengan syarat permohonan diterima tidak lewat dari 2 minggu sebelum acara dijalankan.