Menu
 

Proses Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal di Fasiliti Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

    1. Pelajar perlu mengemukakan borang permohonan menjalani Latihan Industri tidak kurang dari TIGA (3) BULAN sebelum menjalani latihan.

      (Klik di sini untuk borang permohonan latihan Industri/ klinikal)

    2. Pihak IPT dan Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-
      1. IPT perlu mengemukakan salinan Memorandum Perjanjian (MoA) dan salinan resit bayaran mengikut Format Penerimaan Bayaran Penggunaan Fasiliti (Rujuk Lampiran 4) bagi Penempatan Pelajar IPT di Fasiliti KKM.
      2. Surat Sokongan perlu disediakan oleh IPT (Universiti/ Institut/ Kolej).
      3. Surat Permohonan perlu di lengkapkan oleh pemohon/ pelajar.
      4. Borang Permohonan Menjalani Latihan Industri/ Klinikal.
      5. Objektif pembelajaran/ aktiviti latihan dan jadual latihan yang akan dijalankan perlu disediakan oleh IPT.
      6. Senarai peralatan/ consumable/ disposable untuk latihan yang perlu disediakan oleh IPT (jika berkaitan).
      7. Borang Penilaian Pelajar.
      8. IPT perlu mengemukakan bukti/rekod pelajar/ pelatih telah mendapatkan suntikan Hepatitis B sebelum penempatan dilaksanakan.
    3. Pihak Jabatan berhak sepenuhnya :-
      • Menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan.
      • Menentukan penempatan/ disiplin tanpa mengikut mana-mana tempat yang lebih memerlukan tanpa merujuk pilihan pelajar.
    4. Surat kelulusan atau penolakan akan dikeluarkan dan diposkan kepada pemohon dalam tempoh dua hingga tiga minggu daripada tarikh permohonan diterima.
    5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula kepada pemohon.
    6. Pelajar perlu memaklumkan kepada Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan sekiranya tidak dapat menjalani latihan.
    7. Keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 087-596 000

               Encik Mohd Zaini b. Mohamad Zaini

( samb: 6223

*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

               Puan Norsazuani bt. Sahar

( samb: 6149

*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top