Apakah penyebab karies gigi??

Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.

 

Apakah penyebab penyakit gusi?

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

 

Apa yang saya perlu lakukan sekiranya gigi saya sakit pada waktu malam?

Selalunya rasa sakit ini boleh berhenti atau berkurangan apabila dua tablet (1000mg) Paracetamol (Panadol) diambil. Sila dapatkan rawatan gigi pada esok pagi.

 

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik semasa mengandung?

Kesihatan mulut adalah penting dan menyumbang kepada kesihatan diri menyeluruh, maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian yang khusus terhadap tanda-tanda penyakit gusi.

  • Adalah penting untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut setiap hari secara menyeluruh, termasuk memberus dan menggunakan flos.
  • Lawatan ke klinik pergigian di peringkat awal kehamilan membolehkan pakar pergigian mengenalpasti masalah kesihatan mulut yang mungkin perlu dirawat.

 

Mengapa gusi saya berdarah ketika memberus gigi?

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

 

Adakah anak istimewa saya lebih terdedah kepada kepada masalah gigi?

Ya, kanak-kanak istimewa selalunya dikaitkan dengan –

  • Tahap plak gigi dan tahap kebersihan mulut yang kurang memuaskan
  • Kadar penyakit gusi dan kehilangan gigi yang lebih tinggi
  • Mempunyai lebih gigi berlubang yang tidak dirawat

 

Bilakah sepatutnya saya membawa anak saya berjumpa doktor gigi?

Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

 

Bagaimana saya menjaga gigi palsu saya?

  • Jika anda menggunakan gigi palsu, keluarkan gigi palsu tersebut sebelum memberus dan bersihkan gigi palsu secara berasingan.
  • Ia adalah sangat penting untuk mengamalkan kebersihan gigi yang baik untuk memastikan kesihatan gigi yang masih ada dan gusi dapat dikekalkan.
  • Setiap kali selepas makan tanggalkan gigi palsu dari mulut untuk dibilas dan dibersihkan sisa makanan.
  • Bersihkan gigi palsu anda dengan teliti menggunakan berus gigi dan sabun setiap hari.
  • Rendam gigi palsu dalam bekas air / pembersih gigi palsu apabila tidak digunakan.
  • Yang paling penting, JANGAN tidur sambil memakai gigi palsu anda di dalam mulut.

 

Bagaimanakah fluorida mencegah kerosakan gigi?

  • Fluorida mengurangkan enamel gigi daripada larut oleh asid.
  • Ia mengurangkan penghasilan asid oleh bakteria dari plak gigi.
  • Fluorida juga menggalakkan pembaikan enamel gigi di permukaan yang telah dilarutkan oleh asid.

 

Apakah nasihat selepas cabutan?

Selepas cabutan tentukan amalan berikut diikuti:

  • Gigit kapas dengan kuat dan telan air liur seperti biasa sehingga darah berhenti.
  • Jangan gigit pipi atau bibir.
  • Jangan berkumur sekurang-kurangnya 1 jam selepas cabutan.
  • Jangan mengusik bekas cabutan dengan sengaja.
  • Makan makanan yang lembut dan elakkan makanan dan minuman panas.
  • Digalakkan berehat dan jangan membuat kerja-kerja berat.
  • Sekiranya darah keluar terlalu banyak dan anda mengalami masalah, segera dapatkan rawatan di klinik pergigian atau hospital berdekatan

 

Apakah dokumen yang perlu dibawa ke Klinik Pergigian?

  1. Untuk Kanak-Kanak
    • Sijil Lahir / mykid
    • Buku Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak (Bagi Kanak-Kanak dibawah umur 4 tahun)
    • Datang bersama ibu / Bapa atau Penjaga yang berumur 21 tahun keatas

  2. Pelajar Sekolah
    • Surat dari sekolah
    • mykid / Kad Pengenalan
    • Datang bersama ibu / Bapa atau Penjaga yang berumur 21 tahun ke atas

  3. Pesakit Luar

    Warganegara

    • Kad Pengenalan

    Bukan Warganegara

    • Dokumen Pengenalan Diri
    • Salinan Sijil Nikah (Sekiranya suami / isteri warganegara)
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri

  4. Ibu Mengandung

    Warganegara

    • Buku mengandung
    • Kad Pengenalan

    Bukan Warganegara

    • Buku Mengandung
    • Dokumen Pengenalan Diri
    • Salinan Sijil Nikah (Sekiranya suami warganegara)

  5. Pesara
    • Kad pesara serta salinan
    • Kad Pengenalan

 

Bolehkah warga asing mendapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian?

Hanya kes-kes melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj adalah mengikut pekeliling terkini.

 

end faq

 

 

 

Tarikh Kemaskini : 10 Mac 2016
Go to top