Menu
 

Klinik Kesihatan UTC Labuan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan perawatan pesakit luar
  • Perkhidmatan perawatan kesihatan ibu dan anak
  • Perkhidmatan perawatan pergigian
  • Perkhidmatan farmasi

Bagi skop perkhidmatan perawatan pesakit luar akan dikendalikan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih yang meliputi:

  1. perkhidmatan rawatan pesakit luar seperti demam, batuk, demam selesema dan penyakit-penyakit ringan yang lain;
  2. susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti susulan kes diabetes, darah tinggi dan asma;
  3. prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan;
  4. perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick
  5. membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi;
  6. menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan; dan
  7. memberi khidmat nasihat/promosi kesihatan kepada pesakit.

 

Bagi skop perkhidmatan perawatan kesihatan ibu dan anak akan dikendalikan oleh Pegawai Perubatan, Jururawat terlatih dan jururawat masyarakat yang meliputi:

  1. perkhidmatan pemeriksaan ibu antenatal, postnatal dan pengendalian 'high-risk pregnancies' oleh pegawai perubatan
  2. perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak termasuk pemberian vaksin mengikut jadual pemberian vaksin kepada kanak-kanak.
  3. perkhidmatan kesihatan wanita termasuk pemberian khidmat kaunseling perancang keluarga, pemeriksaan payu dara dan pemeriksaan pap smear

Bagi skop perkhidmatan farmasi akan dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi yang meliputi:

  1. Pendispensan ubat-ubatan untuk pesakit
  2. Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi
  3. Pertanyaan maklumat ubat
  4. Pendispensan ubat susulan preskripsi ulangan Klinik Kesihatan WP Labuan bagi pesakit yang berdaftar

 

Bagi skop perkhidmatan pergigian akan dikendalikan oleh Pegawai Pergigian dan pembantu pembedahan pergigian yang meliputi:

  1. Pemeriksaan gigi
  2. Cabutan
  3. Tampalan
  4. Perskaleran
  5. Rujukan ke Klinik Pergigian Labuan
Go to top