PENGENALAN

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, adalah salah sebuah bahagian daripada KKM di mana mulai pada tahun 2010 mengalami perkembagan baru di mana unit ini telah keluar dari Bahagian Kesihatan Awam (Public Health) dan wujud secara berasingan sebagai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Walau bagaimanapun semua aktiviti Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan masih tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 telah digubal dan dikuatkuasakan sejak 1 Oktober 1986. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009, yang merupakan peraturan yang baru juga digunakan sebagai panduan untuk menjalankan tugas-tugas Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan. Secara amnya tugas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk menjaga keselamatan makanan di dalam rantaian makanan, iaitu mengikut konsep, 'farm-to-table'. Ini adalah rangka yang digunapakai oleh unit untuk tujuan melakukan aktiviti-aktiviti untuk melindungi pengguna dan juga untuk membangunkan industri makanan supaya mempunyai daya saing yang kuat diperingkat antarabangsa.

OBJEKTIF DAN FUNGSI

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di WP Labuan terbahagi kepada empat seksyen iaitu Pematuhan Domestik, Pensijilan, Pembangunan Industri dan Perkhidmatan Makanan serta Import. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Kualiti Makanan yang bertanggungjawab untuk memantau perjalanan semua seksyen-seksyen yang wujud.

Seksyen Pematuhan Domestik bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan terhadap premis makanan dan pengambilan sampel makanan mengikut keperluan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Kebangsaan. Tindakan Penguatkuasaan juga turut dijalankan oleh Seksyen Pematuhan Domestik yang termaktub di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Seksyen ini diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP U42), seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKPU36), seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKPU32), empat orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKPU29) dan tiga Pembantu Kesihatan Awam ( U17).

Seksyen Pensijilan bertanggungjawab untuk membantu dalam pelaksanaan program Pensijilan MeSTI ( Makanan Selamat Tanggungjawab Industri), Pelesenan Kilang Ais, Kilang Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Pelesenan Mesin Jual Air yang wujud di Wilayah Persekutuan Labuan. Ini melibatkan juga pensijilan yang baru serta pembahruan kilang-kilang yang telah dilesenkan. Tambahan lagi pemberian khidmat nasihat mengenai proses pensijilan turut menjadi perkara yang penting.

Seksyen Pembangunan Industri dan Perkhidmatan Makanan aktiviti yang penting dijalankan oleh seksyen ini adalah untuk membantu di dalam Pensijilan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) bagi premis outlet makanan dan juga dalam pelaksanaan Kendiri bagi Sekolah dan Dapur Asrama. Aktiviti termasuk promosi dan latihan mengenai Program pensijilan BeSS dan Program Kendiri Sekolah serta pengkemaskinian rekod bagi aktiviti pensijilan ini. Seksyen ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Makanan.

Seksyen Import yang bertanggungjawab terhadap pemantauan makanan import yang memasuki WP Labuan. Seksyen ini bertanggunjawab untuk memeriksa konsainmen makanan dan mengambil sampel makanan import untuk tujuan pemantauan. Tambahan lagi pemberian maklumat terkini mengenai aktiviti import turut menjadi satu tugas penting Seksyen. Seksyen di ketuai oleh Pegawai Teknologi Makanan dan dianggotai oleh seorang orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 dan seorang Pembantu Kesihatan Awam U17.

Di peringkat Pengurusan BKKM bertanggungjawab memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh setiap seksyen. Selain daripada itu BKKM di peringkat pengurusan juga bertanggungjawab untuk menjalankan merancang aktiviti-aktiviti promsi keselamatan makanan, aktiviti eskport makanan dan juga memberikan maklumat mengenai Program Keselamatan Makanan yang diterima daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kepada setiap seksyen.

 

 

Tarikh Kemaskini : 22 April 2016
Go to top