Menu
 

PENGENALAN

Fokus Kesihatan Pergigian Masyarakat adalah untuk mencegah karies gigi dan Kanser Mulut. Ini termasuk pemfluoridaan bekalan air awam, rawatan klinikal seperti rawatan sealan fisur bagi gigi geraham dan varnish fluorida, program pencegahan seperti aktiviti ceramah, latihan memberus gigi, role play dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut

 

PEMFLUORIDAAN

Pemfluoridaan bekalan air awam merupakan langkah pencegahan yang efektif yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat sekiranya  paras bekalan fluoride berada pada tahap optimum. Pemfluoridaan telah terbukti dapat mengurangkan kejadian karies gigi. Kerjasama perlu ditingkatkan dengan pihak Jabatan Bekalan Air serta Loji Swasta.

 

SEALAN FISUR

Sealan Fisur merupakan satu aktiviti pencegahan yang dijalankan secara klinikal  yang bertujuan bagi mencegah karies gigi. Dibawah aktiviti ini sealan fisur disapu pada liang dan fisur gigi geraham kekal dikalangan kanak-kanak yang berisiko mendapat karies gigi.      

 

 

KANSER MULUT

Aktiviti pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko.  Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut . Aktiviti ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan mendapatkan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut. Kanser yang dikesan pada peringkat awal berpotensi lebih baik untuk sembuh.

Go to top