Menu
 

PENGENALAN

Seksyen Pemakanan merupakan seksyan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Kumpulan sasar bagi aktiviti pemakanan adalah selari dengan kumpulan sasar bagi Perkhidmatan Kesihatan Keluarga. Aktiviti pemakanan boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan.

Program Pengawasan bertujuan untuk memantau taraf pemakanan bagi kategori yang telah ditetapkan. Program pemulihan meningkatkan dan memperbaiki taraf pemakanan masyarakat yang mengalami kekurangan dan berlebihan zat makanan. Program promosi pula bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan agar dapat menyumbang kepada perubahan cara gaya hidup yang lebih sihat.

 

OBJEKTIF UMUM

Untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.

 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Meningkatkan amalan penyusuan susu ibu dan pemberian makanan pelengkap
  2. Meningkatkan amalan pengambilan makanan dan pemakanan yang baik
  3. Mengurangkan masalah kekurangan Protein-Tenaga
  4. Mengurangkan masalah mikronutrien
  5. Mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti
  6. Pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan
Go to top