PENGENALAN

Unit Promosi Kesihatan beroperasi di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WP Labuan.  Unit ini bertanggungjawab terhadap perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian program pendidikan kesihatan sebagai program khusus disamping memberi sokongan dalam aspek pendidikan kesihatan untuk semua program kesihatan di Jabatan Kesihatan.

Unit Promosi Kesihatan diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen pendidikan kesihatan di dalam program-program lain di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Unit ini berperanan penting dalam meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan pengamalan tingkahlaku yang sihat dengan tujuan supaya dapat memperbaiki tahap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat melalui daya usaha masyarakat sendiri.

Aktiviti Promosi Kesihatan dilaksanakan di semua program dan unit-unit di Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dengan nasihat kepakaran dari unit ini.

 

OBJEKTIF

Objektif utama Unit Promosi Kesihatan adalah mencapai perubahan pengetahuan, sikap dan tingkahlaku untuk tujuan meningkatkan kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi daya usaha sendiri dengan :- 

  • Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat

  • Meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri

  • Meningkatkan kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang ada dan menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut

  • Meningkatkan iktizam terhadap kesihatan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat

Go to top