Menu
 

Objektif Unit Teknologi Maklumat

Menyokong objektif JKWPL dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berbentuk khidmat nasihat, latihan, pembangunan aplikasi, penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT, perolehan peralatan ICT dan pelaksanaan projek-projek ICT yang cekap, berkesan dan serasi pelanggan.

 

Fungsi Unit Teknologi Maklumat

  • Merancang dan mengurus pentadbiran organisasi ICT, aset ICT dan waran peruntukan ICT
  • Mengurus dan memantau kontrak projek ICT
  • Merancang dan menyelaras keperluan ICT semua fasiliti kesihatan
  • Mengurus, membangun, melaksana, menyelenggara dan memantau aplikasi ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Melaksanakan Change Management dan pemindahan teknologi aplikasi ICT
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal aplikasi ICT
  • Mengemaskini dan menyelenggara portal JKN dan memantau portal semua fasiliti kesihatan
  • Merancang, membangun dan melaksana persembahan multimedia
  • Mengurus dan mentadbir pangkalan data aplikasi ICT
  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Mengurus dan menyelenggara emel rasmi di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Merancang perlaksanaan Dasar Keselamatan ICT KKM
  • Memantau dan melaksana kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan/perisian/rangkaian ICT di JKN dan semua fasiliti kesihatan
  • Mengendalikan Meja Bantuan (Helpdesk) ICT
Go to top