Menu
 

Pengenalan

Seksyen Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan diwujudkan selaras dengan perkembangan pada masa kini serta kepentingan perkhidmatan psikologi dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan mental di kalangan penjawat awam. Unit Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan telah diwujudkan pada Julai 2009 di bawah kelolaan Pegawai Psikologi Kaunseling S41, Mohd Fais bin Ismail. Hal ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan bil. 18, 2005 yang menekankan panduan aplikasi Psikologi dalam pengurusan sumber manusia.

Perkhidmatan psikologi merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan psikologi yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang penjawat awam menghindari diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal. Perkhidmatan psikologi juga menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut.

Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan, pendekatan psikologi yang menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan dapat membantu penjawat awam meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta hasil kerja yang produktif dan berkualiti.

 
Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Kesihatan Negeri, W.P. Labuan
Empat skop aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang terdapat dalam pekeliling perkhidmatan bil. 18 tahun 2005.
 
•  Aplikasi psikologi dalam penilian personel
   –  Bertujuan membantu penjawat awam memahami minat, personality, emosi, sikap dan pencapaian seseorang menggunakan ujian psikologi.
 
•  Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel
   –  Bertujuan mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja dan sikap yang positif
   –  Menyediakan cadangan pelaksanaan yang berkaitan dengan aspek psikologi dalam pembangunan kendiri.
   –  Menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi seperti pengurusan emosi, stress, perubahan sikap, set minda, perhubungan individu dan lain-lain.
 
•  Aplikasi penyelidikan psikologi
   –  Bertujuan mengkaji permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor-faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dan sistem kerja.
   –  Menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di Jabatan Kesihatan Negeri, W.P. Labuan
 
•  Aplikasi psikologi dalam intervensi
   –  Bertujuan membangun dan membantu penjawat awam mengurus masalah melalui program pengupayaan kendiri (PPK)
Go to top