Menu
 

FUNGSI  SEKSYEN

Seksyen Pengurusan Aset dan Stor merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengurusan yang menjalankan fungsi berkaitan pengurusan aset dan stor Jabatan. Seksyen ini adalah bertanggungjawab untuk menguruskan semua Aset Alih, Aset Hidup dan Stor di Jabatan / PTJ di bawah kawalannya meliputi:

 

        1.         Penerimaan;

        2.         Pendaftaran;

        3.         Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;

        4.         Penyelenggaraan;

        5.         Pelupusan; dan

        6.         Kehilangan dan Hapus Kira, serta

Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan:

  1. Pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor ;
  2. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Jabatan;
  3. Menyelaras Laporan Suku Tahun daripada Kementerian/ Jabatan/ PTJuntuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan setiap tiga (3) bulan sekali;
  4. Mendapatkan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup dan Stor daripada PTJ; dan
  5. Menyediakan dan mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya.
Go to top