Klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan menyediakan perkhidmatan seperti:-
Pesakit Luar
- Perkhidmatan perawatan pesakit luar
- Perkhidmatan perawatan penyakit tidak berjangkit iaitu klinik diabetes dan darah tinggi
- Perkhidmatan perawatan penyakit berjangkit (seperti klinik tibi dan kusta dll)
- Perkhidmatan kesihatan mental termasuk saringan DASS
- Perkhidmatan klinik berhenti merokok (KBM) pada setiap selasa dan khamis (Jam 2.00 ptg- 4.30 ptg)
- Perkhidmatan saringan kesihatan dewasa, remaja dan warga emas (bagi mengesan faktor risiko seperti penyakit diabetis mellitus, hipertensi, obesiti dll)
- Perkhidmatan perawatan & penjagaan domisiliari (PPD)
- Saringan HIV pra perkhawinan dan saringan HIV tanpa nama
- Saringan kolorektal (bagi mengesan penyakit kanser kolorektal)
- Perkhidmatan sokongan iaitu unit pengimejan & diagnostik (x-ray) dan makmal patologi
- Perkhidmatan farmasi ( termasuk pemberian khidmat kaunseling ubat-ubatan)
- Perkhidmatan runding cara pemakanan
- Perkhidmatan nasihat pemakanan dan saringan peratus lemak badan
- Saringan talasemia
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
- Kesihatan ibu mengandung yang meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin
- Kesihatan kanak-kanak meliputi suntikan imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak
- Perancang keluarga
- Kesihatan wanita - Pemeriksaan Klinikal Payudara, Saringan Pap Smear