Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
Objektif
Untuk memastikan keperolehan dan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan perkhidmatan farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju.
Tugas-tugas Utama:
- Merancang, membangun, mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti program Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan di W.P. Labuan ke arah penambahbaikan perkhidmatan berterusan.
- Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan W.P. Labuan seperti Farmasi Ambulatori, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Klinikal, Kaunseling (MTAC) dan sebagainya melalui pengumpulan data-data secara berkala.
- Menyelaras Audit Dalaman Amalan Farmasi dan aktiviti-aktiviti penyeliaan ke atas fasiliti farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan.
- Memperkukuhkan aspek keselamatan pengubatan pesakit melalui perkhidmatan Farmasi Klinikal Farmakokinetik, pelaporan kesan advers ubat dan kesilapan pengubatan.
- Mempromosikan kesedaran penggunaan ubat secara berkualiti dan rasional.
- Memastikan bekalan ubat-ubatan berjalan lancar melalui aktiviti pengurusan stor dan kewangan yang mantap.
- Memantau penggunaan ubat-ubatan di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan di W.P. Labuan.
Tarikh Kemaskini : 3 Mac 2016