Menu
 

Objektif

Untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan, penerapan dan pengamalan sistem pengurusan kualiti yang berterusan dalam perkhidmatan farmasi, serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

 

Tugas-tugas Utama:

  1. Mengurus penyampaian maklumat dasar berkaitan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menyelaras dan memantau perkara berkaitan kualiti/ inovasi dalam perkhidmatan farmasi.
  3. Mengenalpasti, merancang dan mengkoordinasi program berkaitan latihan dan Continuous Professional Development (CPD) untuk anggota perkhidmatan farmasi negeri.
  4. Mengurus keperluan sumber manusia dalam perkhidmatan farmasi termasuk penjawatan, penempatan dan pertukaran Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi.
  5. Mengendalikan aduan berkaitan perkhidmatan farmasi.
  6. Memantau pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan pengurusan farmasi di fasiliti farmasi hospital dan klinik kesihatan di W.P. Labuan.




Tarikh Kemaskini : 3 Mac 2016
Go to top