Menu
 

PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan Farmasi W.P. Labuan merupakan penyelaras program farmasi di Jabatan Kesihatan W.P. Labuan. Bahagian ini memainkan peranan untuk memastikan bahan-bahan farmaseutikal dan penjagaan rawatan ubat yang diberikan adalah selamat, berkesan dan berkualiti untuk orang awam.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi W.P. Labuan merangkumi tiga aktiviti utama iaitu:

  1. Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Farmasi
  2. Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
  3. Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

 

Visi

Menerajui pengurusan berkualiti ke atas produk-produk farmaseutikal melalui tenaga kerja yang cekap dan profesional, sains dan teknologi yang bersesuaian dan perkongsian maklumat dengan semua pihak yang berkepentingan.

 

Misi

Memastikan semua warga Malaysia memperoleh produk farmaseutikal dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.

 

Objektif

  1. Memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia memperoleh perkhidmatan Farmasi berkonsepkan ‘Total Pharmaceutical Care’.
  2. Memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional ditingkatkan.
  3. Memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan adalah berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam termasuk nasihat penggunaan yang rasional.
  4. Menentukan bahawa pengilangan, pengimportan, penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemelihara kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan Farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.




Tarikh Kemaskini : 3 Mac 2016
Go to top