Bahagian Kesihatan Pergigian
BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN WP LABUAN
PENGENALAN
Bahagian Kesihatan Pergigian adalah salah satu program dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Labuan. Ia diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab bagi semua aktiviti kesihatan pergigian yang telah ditetapkan di peringkat kementerian.
Ada tiga aktiviti utama iaitu aktiviti pentadbiran dan pengurusan pergigian, perkhidmatan pergigian primer dan perkhidmatan pergigian masyarakat.
OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN
Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.