Pengenalan

Bahagian Kesihatan Awam telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 iaitu selepas pembentukan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Pejabat Kesihatan Kawasan Wilayah Persekutuan Labuan dimana pentadbirannya adalah dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Pada dasarnya Bahagian Kesihatan Awam tetap menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama seperti aktiviti-aktiviti Pejabat Kesihatan yang lain dan semua urusan pentadbiran dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Awam dibawah pengawasan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian Kesihatan Awam terdiri daripada Unit-Unit berikut :-

  • Pengurusan Kesihatan Awam
  • Pembangunan Kesihatan Keluarga
  • Promosi (Pendidikan) Kesihatan
  • Kawalan Penyakit
  • Inspektorat dan Perundangan
  • Pemakanan

 

Visi

Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta serasi pelanggan dan masyarakat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan, professional dan berhemah, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program Kesihatan Awam.

Dasar Kualiti

Kami komited untuk menjadikan Bahagian Kesihatan Awam W.P. Labuan sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi kehendak masyarakat dan memenuhi kehendak masyarakat dan berusaha membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian serta kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan.

 

Go to top