Bahagian Pengurusan bertanggungjawab membantu ke arah pencapaian dasar dan objektif jabatan dengan memastikan program-program jabatan disokong melalui sistem perkhidmatan pengurusan yang kukuh, cekap dan berkesan.
Bahagian Pengurusan terdiri daripada seksyen-seksyen berikut :
Membantu ke arah pencapaian dasar dan objektif Jabatan Kesihatan W.P. Labuan dengan memastikan program-program jabatan disokong dan didukung melalui sistem perkhidmatan pengurusan yang kukuh, cekap dan berkesan dari segi pentadbiran, sumber manusia dan kewangan.
Membantu menyelenggara kemudahan-kemudahan fizikal dan tenaga manusia melalui sistem yang kemas dan teratur berserta kemudahan kewangan yang mencukupi.
Menyokong usaha-usaha jabatan ke arah menjadi pusat utama melalui sistem penjagaan dan pencegahan yang adil dan saksama, cekap dan tersedia dengan teknologi yang serasi pelanggan.