Menu
 

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan,agama atau taraf sosio-ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi rawatan dengan segera.

TARAF PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin secara profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perhidmatan yang diberi kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  • Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah diwajibkan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat; dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
Go to top