Menu
 
PENGENALAN JABATAN

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan pada asalnya hanya meliputi Pejabat Kesihatan Kawasan, Hospital Labuan dan Klinik Pergigian Labuan di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sehingga 31 Disember 2001. Berikutan penubuhan Labuan sebagai satu wilayah yang berasingan dari Negeri Sabah pada tahun 1985, maka kesemua jabatan kerajaan dikehendaki mempunyai hubungan terus dengan Ibu Pejabat di Kuala Lumpur selaras dengan tarafnya sebagai sebuah wilayah yang berasingan dari Negeri Sabah.

Bermula 1 Januari 2002, Pejabat Kesihatan Kawasan Labuan telah dinaiktaraf kepada Jabatan Kesihatan Negeri dengan penambahan beberapa program selaras dengan fungsinya sebagai Jabatan Kesihatan Negeri. JKWPL adalah merupakan cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan ini terdiri daripada 6 bahagian iaitu:

  • Bahagian Pengurusan
  • Bahagian Kesihatan Awam
  • Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi
  • Bahagian Kesihatan Pergigian
  • Bahagian Perubatan

Tarikh Kemaskini : 26 April 2018
Go to top