SISTEM TEMPAHAN BILIK MESYUARAT JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Tatacara Permohonan:

  1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi online sahaja.
  2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh bilik mesyuarat/bilik latihan makmal ICT diperlukan.
  3. Permohonan tempahan bilik mesyuarat/bilik latihan makmal ICT akan disediakan atas dasar:
    1. Keutamaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri;
    2. Kekosongan;
    3. Kepentingan Tugas; dan
    4. First come-first serve basis.
  4. Permohonan tempahan bilik mesyuarat/bilik perbincangan/bilik latihan makmal ICT akan diberikan keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri pada bila-bila masa diperlukan dan tempahan-tempahan lain akan terbatal.
  5. Pengesahan Tempahan:

    Bilik Mesyuarat
    Bahagian/Seksyen
    Pegawai
    Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pengarah Kesihatan Seksyen Khidmat Pengurusan Puan Hjh Jurinah binti Musa (087-596168)
    En. Fadzli bin Ettiramli (087-596188)
    Bilik Mesyuarat Kesihatan Awam Bahagian Kesihatan Awam En. Sabfudin bin Ishak (087-596016)
    Pn. Rosnah binti Abdul Gappar (087-596006)
    Bilik latihan ICT Seksyen Khidmat Pengurusan Puan Hjh Jurinah binti Musa (087-596168)
    En. Fadzli bin Ettiramli (087-596188)
    Bilik Mesyuarat Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Pn. Aisah binti Hantar (087-596189)

Syarat Penggunaan:

  1. Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah:
    1. Sampai sejam lebih awal dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan sempurna dan sedia untuk digunakan seperti sistem lampu dan sistem siar raya;
    2. Membawa peralatan keperluan mesyuarat seperti komputer, notebook dan lain-lain;
    3. Memastikan semua peralatan kembali kepada keadaan asal selepas mesyuarat selesai diadakan;
    4. Memastikan kebersihan bilik mesyuarat/bilik perbincangan sekitarnya sentiasa dalam keadaan teratur;
    5. Memastikan supaya tiada sebarang tampalan label nama atau sebagainya dilekatkan pada kerusi bilik mesyuarat/bilik perbincangan tersebut; dan
    6. Memastikan juga supaya tiada sebarang tampalan kertas berkenaan makluman mesyuarat dibuat di pintu, pintu laluan ke bilik persidangan, pihak urusetia mesyuarat boleh menggunakan kotak paparan makluman mesyuarat yang telah disediakan.


  2. Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah memastikan pihak caterer mematuhi peraturan-peraturan berikut:
    1. Pihak caterer membuat persiapan lebih awal dan mengemas semula peralatan-peralatan mereka apabila mesyuarat selesai diadakan;
    2. Pihak caterer hendaklah menjaga kebersihan ruang yang digunakan dalam penyediaan jamuan mesyuarat supaya tidak menjejaskan kebersihan dan susun atur yang berkenaan.

Hakcipta 2011 Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat | mySTEM

Diubahsuai atas kebenaran Pembangun Sistem Tempahan Bilik Persidangan | Hospital Labuan untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
PENAFIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0 ke atas, Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi minimum 1024 x 768 piksel.